#keluargaBMUzbek

mungkin untuk kali ini aku panjangkan tulisan pasal tashkent
dalam post kali ini akan haku ceritakan dan coretkan semua kisah daripada
hari isnin sehingga hari selasa.
hari selasa disana, persiapan kami tetap sama
menyediakan pelbagai kelengkapan untuk pengajaran dan pembelajaran
pagi ini cuaca agak baik tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk

seperti biasa uncle rustam akan menunggu untuk
menghantar kami ke kampus satellite universiti, masalah komunikasi
adalah cabaran yang besar untuk kami

terpampang uzbekistan world state language university
sebuah universiti pengajian bahasa-bahasa dunia
haku difahamkan disini terdapat 24 bahasa yang dipelajari
universiti ini ditubuhkan pada zaman soviet union dan ia agak sentimental

kami disusun acara seperti biasa seperti universiti sebelum ini
tapi kali ini lebih menarik disebabkan pelajar mereka sangat aktif
mereka sangat meminati malaysia, mungkin nama malaysia dan kemajuannya

namun tashkent kaya dengan seni dan budaya. melihat kepada seni bina yang msih utuh tidak ditelan masa.
malah ia menjadi satu simbol kebanggaan kepada masyarakat disana.
dimata saya seorang warga asing, tidak mengenali apa tu soviet union
hanya buku yang menceritakan segala-galanya.
kali ini tidak lagi, tinggalan warisan soviet union didepan mata
buka mata pandanglah ke depan ke kiri ke kanan

peluang ini mesti saya ambil
melihat dan belajar sesuatu berbeza daripada apa yang biasa
corak pemerintihan berbeza dan muka bumi berbeza
disini mungkin satu detik merubah pandanganku terhadap
negara soviet union yang aku dengar dan aku baca dari buku di sekolah.






24 Mac 2013

Fakulti musafir
Universiti Dunia