sudah berbulan tidak update blog nie.
kalu blog nie seperti beras mungkin sudah usang kot.
selalu mengutarkan rasa hati banyak dalam twitter,
mungkin itu penyebab blog ini tempat persinggahan bak mengembalikan kenangan.

kebelakangan ini terlalu sibuk dan bertungkus lumus menyiapkan projek.
dari pagi hingga tengah malam memikirkan jalan penyelesaian dan atur kerja terbaik.
moga projek ini akan berkesudahan dengan baik dan bermakna kepada semua orang.
tatkala memikirkan projek yang macam-macam halnya. saya teringat kepada muka-muka
yang sudah pergi meninggalkan kita. dijemput menemui illahi.
bukan menidakkan takdir tuhan cuma mengimbal balik kebaikan mereka.

balik bercuti hari itu nenek bercerita "orang yang tua-tua sudah pergi meninggalkan kita, terasa rugi sangat kalu yang ada tidak dihargai. kalu dulu ada orang ini dialah kehadapan. kalu ada perkara ini, dia sahaja yang tahu" 

memang berat mahu jaga orang tua ini, kalau mak ayah mungkinlah tidak. tetapi jika orang tua itu adalah saudara kita, bukan tanggungjawab kita. mungkin ramai yang mengeleng kepala daripada yang tersenyum. pelbagai kerenah dan permintaan mereka perlu ditunaikan. jikalau kaya tidak menjadi masalah jika duit hanya cukup pembelanjaan harian mungkin agak sesak jugalah.

abah pernah cakap " biar kita miskin dengan harta benda dunia ini, tapi biarlah kita kaya dengan orang tua ini. mereka adalah sumber kekayaan"

 benar kata abah, kaya yang dimaksudnya adalah kaya dengan kebahgiaan dan ketenangan. Ada orang tua dalam rumah menbuat rumah kita lagi meriah dan bermakna. dengan cerita zaman mudanya, dengan cerita zaman silamnya yang penuh warna warni. 

satu lagi yang menarik, bila orang tua ada dalam rumah, soal ibadat, disebabkan kita ini senang lalai, solat pun lambat, merekalah yang menegur kita bahkan bukan anak-anak sahaja tetapi ibubapa juga ditegur bila mendidik anak,pengalaman mereka sangat berharga. 



manisnya masa bersama mereka, indahnya menjaga mereka, apalah sangat dikira dengan ubatan-ubatan mereka. bayangkan saat kita bersalam dan mencium pipi mereka dengan penuh kasih sayang mereka melepaskan kita pergi menuntut ilmu dan berkeja. jangan dikisahkan permintaan mereka yang kadang-kadang tidak kita sangka. mungkin itu permintaan terakhir. terakhir untuk kita berbakti kepadanya. 

p/s: terima kasih abah ma sebab mendidik kami dengan perkara sebaik itu, insyallah kami akan meneruskan     jiwa tersebut.



faculty of respect,
university of life.