Kawan-kawan seperjuangan,

mereka tidak pernah mengatakan penat untuk terus berjuang
berjuang untuk menyampaikan sesuatu yang baik,
pelbagi rintangan perlu ditempuhi, menbincangkan strategi di tengah hutan belantara
memikirkan masa depan sebuah perjuangan.



saban tahun, mereka yang berjuang pasti meningkatkan mutu perjuangan
bukan untuk masyarakat tapi untuk mereka sendiri
bukan mereka tidak baik tetapi cuba meperbaiki diri sendiri termasuk diri ini.
meninggalkan bantal tilam yang empuk di asrama 
sanggup beralaskan tikar untuk merehatkan diri sebelum mengeluarkan idea
tiada wang ringgit yang dihamburkan cuma mengharapkan diri akan terus menbantu


minta maaf kawan-kawan,
datang lambat untuk bersama ber 'induction' bersama,
komitmen lain perlu diselasaikan dahalu memandangkan tarikh makin hampir.
deruan air sungai yang menjadikan idamanku dikala hamba bertemu tuhan.
mengatakan kepada tuhan supaya hati ini terus sama berjuang.



mungkin ku tidak memegang senjata, tiada M 16, AK 14, grenad bak dalam counter strike,
kerana tiada dalil-dalil yang mengatakan kami perlu berjuang begitu dalam situasi sekarang
hanya menyampaikan dengan mulut dan terus menyampaikan mengikut keupayaan.
rasa beruntung dipertemukan rakan-rakan seperti ini, mereka yang dinamakan orang baik.


perbincangan diteruskan hingga lewat pagi, menbincangkan strategi baru dengan situasi baru.
pelbagai idea dan  ilham tuhan dimasukkan didalam buku nota dan sekeping kertas,
kesibukan berbincang hal dunia diketepikan demi agama yang suci.
al mulk peneman mati tidak dilupakan, terima kasih kawan-kawan.
dikala menbincang agama ibadat tidak dilupakan, qiamulai menjadi agenda.
mendekatkan diri kepada tuhan, memohon keampuna kesalahan yang dilakukan.
berjemaah mengadap tuhan, menyatakan kami hambamu tuhan yang esa.



maafkanku kawan, 
hanya sekejap bersama, terpaksa bergegas balik kerana ada tugasan menunggu,
tugasan yang memerlukan perhatian dan perbincangan yang panjang,
tidak dapat bersama mengintai keindahan ciptaan tuhan, mengintai makhluk tuhan.
makhluk yang sentiasa berzikir kepadaMU. #perkimsecretariatiium


kampus pembelajaran
universiti of life