Agak tergesa-gesa kalau diikutkan,
baru tamat ujian dan peperiksaan,
kadang-kadang terfikir mampu atau tidak,
redah!! mungkin ada peluang yang menanti,
peluang dunia dan akhirat

sempat meninjau perjalanan ke kuala kubu baru
melalui ulu yam, batang kali,
kalau perjalanan dari lebuhraya, selalu ternampak
papan tanda yang menyatakan kawasan kuala kubu bahru
tidak pernah sampai ke tempat ini.

sekali sekala mendengar cerita fitri dan rakan2,
mengatakan kuala kubu bahru kawasan yang terpencil
bagi saya mungkin tidak, kawasan yang sesuai diduduki mahupun
melakukan perkerjaan, mungkinlah bandarnya tidak sebesar
shah alam, tapi cukuplah penduduknya mendapat kemudahan.

perjalanan yang mengambil satu jam lebih akhirnya sampai di 
masjid ar rahimah kuala kubu bharu,
kata dini, dekat kuala kubu bahru, masjid ini merupakan masjid utama,
tapi daripada penglihatan saya, memang ia masjid yang cukup kemudahannya.
biarlah masjid tidak se gah masjid-masjid lain,tapi ia menbawa makna kepada penduduknya.





thanks to kak ida, the big boss sebab ajak datang programnya,
kali ini berkisar dengan muallaf,
tapi bagi saya mereka ini bukan muallaf tapi sudah mukkallaf
mukkallaf bagi orang yang sudah menpelajari agama.

kata Im masa pendaftaran peserta "faqrul, peserta kita semua umur ada dari 2 tahun sampai 40 tahun"
"agak mencabar juga, sebab masa penerangan hari itu digambarkan dengan peserta yang masih bersekolah" 
sebagai ketua trainer, ini agak memeningkan kepala, biarlah mungkin ada hikmah sebalik ini semua, lihatlah nanti"





hari pertama agak kelam kabut disebabkan beberapa perancangan tergendala, tapi itu mungkin satu pengalaman, 
masa makan arep tanya" fakrul apasal kita punya perancangan macam kelam kabut, ada permainan yang tidak menbawa makna"
"sedih, sebab setiap perkara yang saya rancang semua tidak menjadi, kelengkapan out, modul out, time out, workperson out, need survive that time, ku jawab"minta maaf, itu yang termampu dengan keadaan  dan situasi yang ada" permainan bukan menbawa makna yang konkrit. kalau ada yang boleh cerita konkritnya permainan dia masa kecil, bawa kesini.

dalam pening-pening mengadap kerenah budak-budak
kadang ada juga perkara yang mengembirakan.
kata arep"tadi aku suap si fatihah tu makan, kecian budak kecik tu, kecik-kecik pun boleh survive tanpa parent disisi, tadi masa makan kitorang suap dia makan kalau tak suap mungkin dia tak makan"
sempat juga saya suapkan kembarnya balqis makan, alangkah seronoknya dia makan, tenang rasa hidup sebentar dapat menyuap dia makan.



sempat juga berbual dengan keluarga saudara baru ini,
mendengar cerita kadang-kadang pengalaman mereka memeluk islam.
kadang kala meleret ke masalah kewangan,
masalah dengan pihak-pihak berwajib yang lesap
untuk menberi bantuan,saya dengar.

tapi nasihat kepada mereka "walaupun apapun masalah, pentingkan
pendidikan anak-anak, mereka adalah harta"
sambil saya mengingat diri saya sendiri.
diorang bercerita tentang keluarga diorang, kadang-kadang terpaksa mengorek cerita,
jika ada jalan, boleh menbantu.


iktibar bagiku, setiap perkara berlaku ada hikmahnya,
belajarlah melihat, belajar berpegang,
terima kasih mereka yang berada dikelilingku, 
kerana menjadi tempat saya berpegang, dan saya memegang.


Faculty of Time
University Of Life