"masa itu terlalu pantas terasa baru semalam menghadapi zaman remaja, zaman kanak-kanak, zaman yang penuh suka duka, tidak semua menghadapi suka tidak semua yang duka"

kesibukan mengejar "deadline" sebagai seorang pelajar memang tidak dinafikan.
bermacam-macam tugasan yang perlu disiapkan, kalau ditangguh makin berlambat 
menunggu tuannya menyelesaikan satu-persatu.


intai-intai,
menyelusuri jalan gombak bentong lama,
kata Fitri jalan itu tidak digunakan lagi dengan adanya highway karak.
sampai dihadapan hospital jabatan kemajuan orang asli.
buat apa?
yayasan khalifah jemput pelajar untuk mengadakan program 
ziarah dan ramah mesra dakwah bil hal.


meskipun hanya dapat memenuhi undangan sebelah pagi,
ia sangat bermakna.
pengalaman yang baru, pengalaman menguruskan kanak-kanak tadika,
kalau sebelum ini memang kebiasaan menguruskan pelajar belasan tahun,
tidakpun pelajar-pelajar yang sudah mengenal baik dan buruk.

abang azhar" perserta kanak-kanak sudah sampai, awak ambiklah diorang buat aktiviti apa-apa"

menuju ke dewan hospital, alangkah terkejut memang kanak-kanak betul.
dengan pakaian yang menyilau merah kuning (pasukan bola sepak selangor nie...),
terpaku sekejap.




insyirah tanya" kita nak buat aktiviti apa ni"

"buatlah apapun" padahal memang tak tahu nak buat apa.

nak buat teka-teki, saya sendiri yang jawab nanti.

gurau-gurau jer lah dengan mereka.

mereka tersenyum dengan akak dan abang mereka nie,
senyuman yang menbuatkan sesiapa tertarik dengan mereka.
senyuman yang sangat cute dan ikhlas.

kata abang azhar" baru korang tahu macam mana urus budak-budak, ingat senang ker, baru separuh hari jaga budak-budak"




tergelak dengan gelagat hazwan kerana tension menguruskan budak-budak.
mana tidaknya ada yang disuruh beratur, 
tapi kemana barisannya hilang.
dengar suara guru diorang terasa cuak.
cikgu garang sudah datang.

melayan kanak-kanak bukan semudah yang dirancang diatas kertas.
kadang-kadang memerlukan kreativiti.
kadang-kadang tak sampai hati melihat kanak-kanak menangis.
jika tidak mendapat hadiah.
strategi : dah simpan siap-siap bagi yang menangis.

kakitangan baru

credit gambar to Azhar Mohamed

thank to yayasan khalifah



fakulti of challenge
university of life,