Kelam kabut di hambat dengan tugasan dan kelas,
masih berkesempatan mengikuti explorace yang dianjur oleh PERKIM Kebangsaan di bukit damansara.

program ni berlangsung di masjid saidina umar al-khattab.
bercerita pasal masjid saidina al-khattab memang mengingatkan zaman persekolahan.
sebabnya,
pernah datang ke sini masa umur 10 tahun.
apa sangatlah yang masih diingat umur semuda itu.
memang mengimbau memori betul.
tersenyum sendiri.

masjid saidina umar al-khattab


sebelum explorace peserta dihidang dengan nasi lemak,
memang explorace sangatlah lepas makan.
tambah lagi belum breakfast,
memang penuh pinggan makanan.

Diberi penerangan oleh ustaz farhan as program manager.
memang sudah lama tak jumpa ustaz farhan tapi masih dengan senyuman manis tu.
senyuman yang menarik minat orang mendekatinya.
menarik minat bukan islam bertanya tentang islam.
maka jomlah senyum.

peserta dilepaskan oleh VIP dari PERKIM dan JKK Masjid umar al-khattab.
doa dibaca oleh Imam Muda Azhar.
dengan semangatnya berlari tapi setakat 10 minit awal.
minit seterusnya berjalan menghayati penjalanan.

myTeam
menghabiskan checkpoint berjumlah 10 memang jauh.
terbakar kalori dan lemak yang disimpan ketika cuti semester.
tapi explorace kali ini mengajar perlu kuat fizikal.
bukan sahaja mental perlu perhatian.


 
jalan kosong








tidak disangka walaupun kumpulan yang paling kedua last kami masih memenangi hadiah tempat kedua.
alasannya kami menjawab soalan yang diberi semasa explorace dengan betul.
betul bak kata rafiqi, biar lambat asal selamat.
bak kata ain dengan amirah, biar lambat biar diorang boleh jalan.

biarpun hari itu, tiada hadiah tapi peluang bersama saudara baru satu peluang yang sangat berharga.
sebab melihat mereka seperti melihat kita sendiri.
melihat sejauh mana kita bersaudara sesama islam.
bersaudara melangkar ketenangan dan harmoni.


saya cari balik hadis yang dibaca oleh Imam Muda Azhar selepas explorace sebagai pengisian dan muhasabah diri. klik disini

Suatu hari seorang sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa dengan Abu Hurairah r. a, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad: “ Aku mendengar Rasulullah memberitahu kepadaku, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu terlebih baik daripada beribadat setahun”

Miqdad berlalu dan berjumpa pula dengan Ibnu Abbas, lalu dikhabarkan kepada Miqdad “ Aku mendengar bahawa rasulullah SAW memberitahu kepadaku, barang siapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun.”

Miqdad keliru dengan perkhabaran dua sahabat tadi, kerana apa yang disampaikan oleh kedua-duanya berbeza. Lantas baginda mengadukan hal ini kepada baginda Nabi SAW. Baginda mengarahkan supaya memanggil Abu Hurairah dan Ibnu Abbas berjumpa dengannya, baginda bertanya kepada Abu Hurairah: “ Bagaimana cara engkau berfikir?” Jawab Abu Hurairah: “ Aku memikirkan tentang tujuh petala langit dan bumi (mendatangkan rasa keagungan kepada Allah dalam diri)”.

Maka jawab baginda: “ Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.” Sabdanya lagi, “ Telah turun al-Quran kepadaku, rugilah bagi mereka yang membaca al-Quran tapi tidak memikirkannya.”

Lalu baginda bertanya pula kepadan Ibnu Abbas tentng apa yang difikirkannya. Jawab Ibnu Abbas: “ Aku memikirkan tentang kematian dan huru-haranya saat itu.” Lalu baginda menjawab: “Benar, berfikir begitu maka engkau mendapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik daripada beribadat 7o tahun.”



we meet, we know, we love
Faculty OF Brotherhood,
University OF Exprience



Gambar-gambar
PERKIM KEBANGSAAN
SEKRETARIAT PERKIM
Facebook