Walaupun memang mengantuk kelas waktu pagi, diberatkan lagi dengan pembelajaran agama dalam bahasa inggeris. Apatah lagi bahasa inggeris, dalam bahasa melayu tulen pun boleh tertidur. Mungkin syaitan banyak sangat tergantung di kelopak mata kata guruku ketika saya mengikuti kelas agama di sebelah rumah. Jikalau masih tertidur maka hinggaplah sebatang rotan di belakangku. Tapi itu sebuah pengalaman yang bagus sebab selepas ini jangan tidur dalam kelas. semua itu mungkin salah satu kisah dalam hidup.


Jika dibanding, belajar dengan guru yang berpendidikan pondok sangat serenok. Mungkin sebab bahasa yang digunakan kebiasaan kita bercakap dalam pertuturan harian. Dan kadang-kadang kebolehan guru-guru ini menyesuaikan diri dengan situasi remaja sangat bagus. Bila dibacakan kitab-kitab lama seperti melalui rentasan masa denagn bahasa yang sedap didengar dan apabila diberi penerangan sangat menyeronokkan bagi seeorang remaja. Lagi –lagi berkaitan hukum hakam, sebab remaja memang stage untuk mencari dan bertanya.


Berbeza dalam kelas normal sekarang, belajar agama dalam bahasa asing. Dan kadang-kadang susah difahami disebabkan sebutan bahasa inggeris mengikut gaya masing-masing. Walauupun kelas cuba dibuat secara santai tapi agak tidak menarik prihatian. Itulah satu ujian apabila menuntut ilmu dalam bahasa yang asing bagi kita. Mungin disebabkan itulah, pentingnya pnguasaan bahasa.


Walaupun mengantuk di dalam kelas, dapatlah tangkap sedikit sebanyak kisah-kisah dan apa yang dipelajari untuk hari itu. Satu kisah yang sangat menarik diceritakan oleh salah seorang pengajar. Mungkin ada yang pernah mendengarnya. Di sebuah Negara arab, ada seorang lelaki yang berkerja untuk dakwah. Pendakwah itu pergi ke ke sebuah tempat dan ingin menbina sebuah masjid. Jesteru itu, pendakwah memohon pertolongan daripada seorang yang kaya di kawasan itu. Disebabkan banyak kali pemohonan bantuan pendakwah itu tidak dilayan. Maka pendakwah itu mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan orang kaya tersebut. Apabila berdepan dengan orang kaya tersebut, pendakwah diminta supaya menadah tangan dan orang kaya meludah ditangannya. Alangkah penyampai seorang pendakwah, dia mengambil tangan yang diludahkan oleh orang kaya tadi dan disapukan dimuka. Dan mengucapkan terima kasih atas pemberian orang kaya tersebut. Selepas itu pendakwah itu menadah tangan kembali dan menyatakan pemberian untuknya sudah dan mana pemberian untuk Allah s.w.t pula. Maka orang kaya itu menyerahkan segala hartanya dan menberitahu pendakwah itu ambillah semua harta dan binalah masjid sebanyak mana yang kamu mahu.
Besarkan pengorbanan pendakwah itu, daripada sebuah pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Pendakwah itu dapat mengembangkan syiar islam.





nasihat untukku jua. tulisan ini untuk rujukan saya juga