Persoalan,
Bukan perkara yang boleh dimain-mainkan.
Sebab dalam diri kita memang penuh dengan persoalan.
Kalau dalam Zaman Kebangkitan Eropah sendiri persoalan yang meningkatkan mereka.
Menjadi bangsa yang mencari, sehingga mengatakan Tuhan itu mati.
Kalau Tuhan serupa seperti kita maka tiada layak baginya sebagai Tuhan.
Begitulah bagaimana Sekular terbentuk.

Pandangan Islam adalah terbaik,
kenapa?
Sebab Islam tidak menyekat pemikiran.
Malahan, bukalah mata kita lihatlah kebijaksaan Allah s.w.t
Langit tanpa tiang, Matahari menyinari alam.
Begitulah kekuasaan yang maha kaya.
Islam menyuruh kita mengkaji sebab dari kajian itu kita memahami.
Barulah kita menhayati keindahan ciptaan Allah s.w.t.
yang mana Tiada Tuhan melainkannya.

Kadang-kadang dalam pemikiran kita suka merujuk.
Bagus tetapi jangan melihat pada satu rujukan sahaja.
lihat bagaimana rujukan yang banyak menbantu kita memahami.
teringat tentang perkara akidah yang dibincangkan dalam halaqah.
Soalan tentang akidah, ada sesetengah orang sampai mengkafirkan yang lain.
Padahal apa yang dibelajar ada betul kedua-duanya cuma berbeza pandangan daripada ulama besar pada zaman dahulu. Tetapi jika mereka tahu, berbeza itu tidak menbawa perpecahan sebenarnya.
Cuma perbahasan ilmu ilmiah sahaja.