Biasalah hujung minggu, pasaraya memang penuh dengan orang ramai mahu mencari barangan keperluan dan bersiar-siar. Ahamdulilah walaupun sesibuk mana pun kita apabila masuk waktu solat kita akan terus bergegas menunaikan solat. Indahnya dapat solat berjemaah walaupun dalam surau pasaraya yang kecil. Tapi kerana tauhid dan akidah yang sama kita sama-sama solat walaupun tidak mengenali saudara dalam sof kita. kerana kita tahu kita adalah saudara seagama. mungkin kelam kabut dalam surau yang kecil maka kita terlepas pandang dalam hal hukum melintas di hadapan orang tengah solat.

Dari HALAQAH.NET

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN." hadis riwayat Bukhari & Muslim.

penjelasannya DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya dan Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang .