mungkin pada orang lain perkara itu senang.
tapi tidak pada aku.
mungkin kekurangan ada tapi kelebihan itu tetap ada.
ku tetap yakin bahawa kelebihan itu ada.
ku tunggu cacian dengan umpatan jika ku kalah.
kerana ku tahu cacian itu menaikkan semangatku.
ku tahu esok cerita tentangku akan tersebar luas.
tapi ku tetap yakin perkara yang berlaku mesti ada sebab.
adakah ku salah ataupun ku sedang diuji.


kadang ku rasa lemah tapi bukan erti mengalah.
bukan ku lari tapi siap sedia menbaiki diri.
bukan ku pergi tapi ku mencari yang ESA.
erti hidup bukan pada kelebihan tapi pada keikhlasan hati.
kelebihan itu kadang-kadang mematikan hati.


tapi ku tetap yakin hidup ini lebih bermakna jika kelebihan digunakn sebaik mungkin.
berapa orang sahaja dapat mengenal kekurangan apabila mendapat kelebihan.
kerana kekurangan maka kelebihan bermakna.
episod kekurangan bermula.
tapi kelebihan tetap menunggu agar kekurangan menginsafkan diri.


erti hidup bukan kerana sesuatu.
hidup penuh dengan pelbagai andaian.
mungkin hari ini andaian kita begini.
tapi esok jadinya lain.
kerna hidup bukan andaian tapi ketentuan.
hari ini dapat ini, esok mungkin tidak.


ku yakin hidup penuh bermakna.
kerna hidup adalah perjalanan.
hari ini lorong kecil.
mungkin esok lebuhraya yang luas.
tapi lebuhraya yang luas mengundang bahaya.
kita bebas memecut hingga hilang nyawa.
dari lorong kita belajar.
tapi berguna untuk lebuhraya.


hidup penuh matlamat.
hari ini doktor esok mahu pakar.
tapi integriti hilang, sebab wang jadi taruhan hidup.
ada wang adalah segala-galanya.


kadang resah itu datang.
saat gembira terus hilang.
bermain di fikiran pelbagai anologi dan taktikal.
maka otak dihala untuk bantuan.