Assalamualaikum,
pejam celik Ramadan sudah sampai ke pertengahan. dicorekkan kisah dalam bulan Ramadan supaya kita mampu menempuhi bulan mendatang dengan penuh rasa taqwa. 

berbicara tentang zakat, mesti dan wajib bagi umat islam menunaikan zakat bagi merka yang layak. Yang pasti dalam harta kita ada harta golongan asnaf. 

kalau di kelantan, zakat dibayar sama rata antara miskin dan kaya. Tapi keunikan bagi orang negeri sang penyu terengganu, zakat dibayar berdasarkan harga jenis beras yang dimakan. Yakni dalam kata lain berdasarkan darjat dan kekayaan untuk menbayar zakat fitrah.

Meskipun begitu jangan sesekali kita menbayar zakat dengan harga yang paling murah. Bayaran zakat yang paling murah adalah kemudahan kepada orang miskin menunaikan rukun islam keempat. Setiap orang ada keinginan menunaikan  rukun walaupun miskin. Ini adalh peluang dan kemudahan terbaik untuk mereka beribadat.

lastly, selamat beribadat kepada semua.