bukan mahu berstory tentang himpunan BERSIH or PATRIOT..
bagi pihak polis yang urus semua itu.
biar ada jalan penyelesaian. bukan bangsa lain pun. sebangsa dan seagama.
terbaca tulisan ustaz ridhuan tee dan saifulislam.com.
terbuka sedikit fikiran, penilaian itu biar saya fikirkan sendiri.
itu pandangan saya, hak saya menyimpan pandangan itu agar tidak ada berat sebelah.
walaupun apa sekali pun kita mesti ingat akidah menyatukan kita.
walaupun sejauh mana pandangan kita patut kita tahu agama menyatukan segala-galanya.

episod bermula lagi, dan tidak habis-habis dengan cerita.
bermula semua episod apabila kita hidup, dan skrip yang sudah dirangka sejak azali.
dan final episod berkesudahan apabila nyawa berpisah dari badan. dan ganjaran datang daripada kerja kita.

kisah diterengganu, bot-bot nelayan sudah tidak turun ke laut.
kalau adapun cuma sesetengah sahaja. mungkin disebabkan kerajaan mengurangkan subsidi kepada bot-bot nelayan berkenaan. ada juga ura-ura mengatakan kurang ikan dilautan pantai timur. maknanya sumber rezeki para nelayan akan menyusut kali ini. kalau penoreh getah dah mulai tersenyum harga getah agak stabil diparas. maka berebutlah warga asing dari selatan thailand(atau dikelantan dikenali orang barat)
masuk untuk menoreh di kebun getah dikelantan.

episod lain berstory, dari utara sampailah ke pantai timur. kes pil kuda(esctasy) masih lagi tergiang-giang dimana-mana. heran bin pelik mana datangnya semua itu. yang sudah kena rampas bertan-tan.
tapi masih ada lagi, bayangkan dalam satu kawasan kampung bukan satu stockies, empat atau lima stockies. dah lebih dari kedai runcit dah. lagi satu bukannya orang dewasa terlibat dalam semua ni2, budak sekolah pun ramai. yang stockies pun ramai dari budak sekolah. mana tak maunya pulangan lumayan.

episod yang akan bersambung, hari ini bercakap sal duit maka berebutlah orang mengejarkannya.
kadang kala hilang pertimbangan disebabkan duit. hilang sikap timbang rasa, tolak ansur, kasihan.

semua episod itu akan berakhir, telah dijanjikan, episod yang baik akan dapat ganjran yang baik manakala episod yang kurang baik maka ganjaran setimpallah.
kisah episod yang akan berakhir, telah bermula tunggu berakhir sahaja.