pejam celik dah satu bulan tidak mengarapa apa-apa dalam blog ini.
bukan sebab sibuk tapi mungkin disebabkan rangkaian internet masih lagi menjadi masalah.
biasa itulah yang terjadi pada kami penduduk di luar bandar, mengharapkan siaran televisyen untuk mendapat tahu tentang isu-isu semasa.

bermacam isu-isu semasa kedengaran ketika ini, menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat tidak kisah di forum, kedai kopi dan kaca TV. Hingga ada sesetengah golongan pemuda merasa muak dengan kisah politik dimalaysia ini. adakah pemimpin negara sekarang tidak kira dari parti kerajaan ataupun parti pembangkang belum sedar golongan muda sedang MEMANASKAN DARAH MUDA menjatuhkan mereka.

kali ini saya mahu garapkan kan kisah berada di sekolah tanjung gahai, kawasan yang menjadi tempat paling tidak jemu saya melawat walaupun kadang-kadang sibuk dengan belajar. mungkin disebabkan kawasan itu mengingatkan memori sekolah rendah dahulu,  sekolah yang menpunyai bangunan satu tingkat sahaja. begitu sekolah saya dahulu, tiada bangunan tinggi-tinggi seperti sekarang. suasana sekolah disekolah itu juga nyaman disebaabkan jauh dipendalaman negeri pahang. pelajar juga masih sedikit lebih kurang 200 orang. Antara
pelajar tinggal di sekitar daerah itu rata-ratanya berasal daripada keluarga yang tahu pentingnya pendidikan.
mungkin ini adalah kesedaran yang dibawa oleh pemimpin mereka yang sangat prihatin.

terima kasih jawatankuasa program english and math camp kerana menjemput kami untuk datang sebagai pemerhati, bersyukur menpunyai rakan-rakan yang sangat komited berkerja dalam bidang dakwah dan pendidikan. disamping mengajar ilmu-ilmu kifayah, turut  diterapkan ilmu-ilmu fardhu ain. dimana kedua-dua ilmu ini adalah sangat penting.

tersenyum saya dan rakan-rakan senior yang lain apabila mendengar coleteh jawatankuasa program  menceritakan pengalaman mereka menempuh perjalanan yang sangat mencabar mental dan fizikal.
siapa cakap dakwah hanya memerlukan kemampuan bercakap, silap sekali.. dakwah juga adalah perkara yang mencabar nilai-nilai sabar, komitmen dan berusaha. daripada apa yang saya dengar daripda mereka timbul rasa hormat dan yakin dengan percampaian mereka kerana dapat menyelesaikan masalah. mereka sudah menguasai bagaiamana cara menyelesaikan masalah dengan alternatif yang baik.


setiap perkara yang baik, Allah s.w.t akan tolong, begitulah yang terjadi semasa jawatankuasa program mengendalikan program, pelbagai masalah datang tapi kuasa Allah s.w.t tidak terbanding. berkat usaha mereka program itu berjalan lancar dan saya merasakan program itu adalah program yang paling cemerlang yang diadakan disekolah itu daripada sebelum ini. Mungkin daripada gerak kerja dan penumpuan yang lebih sistematik.





bersarapan pagi bersama-sama
makan malam bersama family angkat dan keluarga guru besar

bro yang menjadi jawatankuasa program..

bergambar kenangan bersama pelajar dan guru dan jwatankuasa program

bergambar sebelum bergerak ke rumah guru besar untuk makan malam.

selepas penat bermain bola bersama pelajar kat sne, sesi bergambar  pula
kanak-kanak riang...
edisi kanak-kanak riang....
perhargaan kepada muhammad afiqi, muhd izzudin, kamrul izzat, ismat, najib, shahrul dan semua jawatankuasa program...