subuh sudah dekat. tapi mata masih berkelip-kelip, tak mengapa tunggu subuh dahululah.
teringat kisah dulu bersama kawan-kawan bukan islam dahulu. banyak pengalaman yang dikutip bersama mereka. bukan dari segi kerja tapi dari segi menbuka minda bagaimana mereka berfikir tentang islam.
satu kisah dimana saya berbual-bual bersama rakan-rakan rata-ratanya berbangsa cina tidak kiralah hakkien ataupun fukien. walaupun kali pertama bertemu dab berbual bersama mereka saya dapat menbezakkan hakkien dan fukkien.

maka rancaklah kami berbual sambil bertanya tentang bangsa dan agama, itulah dunia remaja tidak adapun sedikit rasa perkauman atau sensitiviti bangsa. mengapa pula apabila sudah meningkat umur mula timbul rasa perkauman. adakah fikiran kita semakin menghala kearah kebodohan.

mr google

tengah-tengah rancak berbual timbul pula persoalan agama, this is point how to explain to them. biasa golongan remaja suka kepada soal perasaan dan hati.


kawan bukan islamku bertanya, kenapa kalau kahwin dengan orang islam mesti i masuk  islam, pastu orang islam tidak boleh masuk agama lain, itu tidak adil.... 
masa ini saya berfikir kalau saya jawab  wei pe tau ha(saya tidak tahu), tidak menjelaskan apa-apa. lagi merugikan peluang yang ada. kalu lalu terdetik dalam hati saya ingin menjawab dengan santai, you percaya tak you punya tuhan? dia menjawab, ya... lalu saya menambah, begini dalam islam tuhan adalah segala-galanya. kenapa perlu i korbankan i punya tuhan kerana manusia. bukan manusia buat tuhan tapi tuhan buat manusia. kalau orang islam kawin  dengan you perlukah orang islam korban kami punya tuhan. tuhan yang buat kami bukan kami buat tuhan, boleh main-main nak tukar tuhan itu seperti kami yang buat tuhan. mane mau jadi macam itu ma...  

semakin rancak kami berbual, timbul pula soalan kedua, kawan bukan islamku bertanya; kenapa perempuan pakai tudung, i rimaslah pakai tudung tu, tengah-tengah panas pun pakai tudung, meyeksakan betul. freehair lagi cantik dan selesa. i boleh tukar rambut i dengan warna berbeza.
saya terfikir pada masa ini, kalau dijawab dengan mengunakan hukum lagi kelam kabut, bagi penerangan saya paling mudah  bagi orang bukan islam" dalam islam kami ada hukum, yang menentukan baik buruk, hukum itu adil tau. hukum itu bukan manusia buat tapi tuhan kami yang buat. kalau manusia buat boleh main redah tapi kalu tuhan buat confirm baik-baik semua seperti tuhan buat manusia sempurnakan. kawan islam menambah: kalau orang perempuan islam tidak pakai tudung hukumannya dibakar api neraka.  panas wo...
saya cuba permudahkan pemahaman kawan bukan islam saya itu, amoi, i dah tengok you dah kusut kepala la,  
mungkin tidak faham, takpe2., i ada cara nak bagi you faham.. you sayang you punya husband ka. macam mana you tunjuk you sayang you punya husband, jawabnya, mesti wo.. i takkan buat dia marah.
saya cuba terang dari segi keremajaan dia tentang agama; bagus itu, dalam islam dah cukup semua perkara tahu tak, kalau berhias biarlah untuk husband sahaja, kalau you tunjuk semua perkara kecantikan you kat orang lain you ingat husband you tak jeles ka. apa yang you tinggalkan untuk husband you, you dah tunjukkan you punya kecantikkan you kat orang lain. saya tinggal persolan itu untuk dia berfikir.

kawan bukan islamku ada bertanya kenapa kawan-kawan islamku memarahinya kalau dia memengang tangan  kawan-kawanku lelaki islam. kalau dia pegang bahu kawan-kawan lelaki islam pasti mereka akan akan menyapu bahu mereka padahal tangannya tidak kotor. saya berfikir mungkin itu spontan react. tapi yang jelas islam mengharamkan persentuhan antara laki dan perempuan bukan muhrim.
kerana ingin menerangkan tentang islam dalam hal itu terpaksalah mengunakan pendekatan yang berbza sedikit. saya berkata kepadanya; kalau orang pegang you, you marah tak? kenapa you marah?
dia menjawab; marah ar, orang perlu hormat hak i. ingat anak patung ka main pegang-pegang.
happy saya betul dengan jawapannya; you nak tahu dalam islam lagi best, bukan perempuan jer ada hak macam itu lelaki pun sama. agama i dah ajar siap-siap semua itu. kalau boleh main pegang-pegang tak ada lagi hak itu.
hak hendak dihormati, pasal sapu-sapu bahu tu mungkin hanya cara nak bagitahu you jangan sentuh mereka. 
islam ajar kami hanya boleh bersentuhan dengan family dan suami sahaja. kalau bersentuhan dengan you punya parents takkan mahu marah sama diorang. 

from mr google


konklusi dari pengalan ini, medan dakwah mengasah kreatif berfikir. islam boleh diterangkan dengan pelbagai cara cuma perlukan sedikit usaha dan jangan tergpoh gapah. mungkin saya banyak mengunakkan cara yang lebih terbuka tidak menjurus kepada pasal tauhid dan akidah. tapi tujuan utam semasa itu adalah menerangkan dari peringkat mengajar anak-anak kecil perlukan daya kreatif supaya mudah difahami.

kisah ini berlaku semasa mengikuti PLKN, mungkin dialog dipendekkan sedkit supaya tidak berjela-jela tulisanya.