penjalanan yang agak memenatkan hari ini..
walaupun sudah mengunakan pengangkutan awam masih lagi sesak.
jalan-jalan di menuju ke ibu kota makin sesak dengan kepulangan warga kota pulang ke kota.
bagi meneruskan kelansungan hidup dan menjalankan tugas masing-masing.
namun, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana kita masih lagi mampu bernafas dalam keadaan aman.
walaupun ada segelintir pelajar malaysia di mesir masih lagi berada dalam ketakutan akibat pergolakan disana.
akibat kesesakan jalan raya yang teruk.
maka, telinga ini asyik mendengar berita-berita yang menceritakan pengolakan di mesir.
sambil-sambil mengetahui usaha kerajaan menbantu rakyat kita disana.
"ops piramid" yang dilancarkan oleh kerajaan bagi menyelamatkan rakyat kita disana disanjung tinggi.
apatah lagi komitmen dari semua pihak yang sama-sama menbantu.
ada hikmah dari pergolakan itu kepada rakyat malaysia.
tengoklah kerajaan bersama rakyat bersama-sama ingin menyelamatkan mereka disana.
kerana bilangan pelajar di mesir terlalu ramai, kerjasama antara rakyat dan kerajaan agak penting.
masalah komunikasi yang dihadapi oleh mereka diselesaikan bersama.
penyampaian maklumat juga dibantu oleh rakyat bagi memudahkan kerja kerajaan.
siapa cakap kita tidak boleh bersama kerajaan?
boleh sebenarnya, cuma sikap segelintir sengaja menyalahkan orang lain.

tapi setiap perancangan mesti ada masalah yang tidak diduga.
ada juga yang cuba mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan khabar angin yang tidak baik.
ada yang menyebarkan berita buruk yang mencemaskan rakyat.
dan ada juga menuduh kerajaan berlaku tidak adil.
hilang integriti betul orang seperti ini, dalam keadaan sebegitu usaha antara satu sama lain amat penting.
jangan menuduh, cuab siasat dahulu, syabas ke menteri luar yang menjawab prmasalahan itu.

mengenai krisis mesir sekarang, bagi pandangan saya presiden sekarang patut meletak jawatan.
melihat hubungan antara presiden mesir dan israel menunjukkkan presiden ini sebenarnya kuncu-kuncu israel.
mungkin ini adalah salah satu sebab rakyat mesir melakukan demostrasi.
jangan kita lupa bagaimana kerajaan mesir menyekat laluan bawah tanah bagi menyalurkan bantuan ke palestine.
ini menamabahkan lagi andaian bahawa kerajaan mesir sekarang pro zionis.
sempat mendengar juga berita kemarahan rakyat terhadap kerajaan mesir apabila segelintir rakyat meletupkan paip-paip gas ke israel.
Tidak mengejutkan apabila negara-negara jiran mesir juga mengalami perkara yang sama.
apabila rakyat mula menyatakan hasrat ingin menukar kerajaan.
andaian yang saya dapat simpulkan, keberanian rakyat mesir ingin mendapat pemimpin yang baru.
telah meresap ke negara-negara jiran. melihat kejayaan rakyat mesir mencuakkan pemimpin mereka.
maka, rakyat negara jirannya cuba menjadikan contoh.

Apa yang dapat saya simpulkan, kita perlu ingin jawatan dan pangkat itu adalah anugerah Allah s.w.t.
tugas kita melaksanakan tugas itu mengikut suruhanNya. Maka apabila kita melanggar suruhanNya, tunggullah akibat yang akan menanti. jangan kita memimpin dengan mengikut hawa nafsu dan mementingkan diri sendiri. Ia akan menyebabkan masalah timbul di kemudian hari.

ini adalah pandangan saya sendiri, saya tidak menyokong mana-mana pihak mahupun kerajaan atau penbangkang, saya hanya bagitahu apa yang tahu. Mungkin tulisan yang menyebelah sesuatu pihak namun tidak sebenarnya.