seluruh kampus universiti tak kira di semenanjung sedang hangat dengan pemilihan kampus.
adalah wajib, setiap mahasiswa turun mengundi.
sebab apa? kita tidak boleh memisahkan agama dengan dunia.
barat dah banyak menhancurkan minda kita memisahkan dunia dan agama.
maka keluarlah ideologi komunisme, sekularisme, sosialisme, dan liberalisme.

tapi amat mengecewakan ada pula adegan fitnah-fitnah.
surat layang, boikot.
kata semua mahu jadi minda kelas pertama.
kalau sebeginilah keadaannya, bukan minda kelas pertama.
tapi yang minda orang eropah zaman gelap.
asyik fikir mahu kaya dan mahu kekuasaan tapi suka menindas.

dalam islam sudah diberitahu akikat bahawa setiap orang adalah khalifah dimuka bumi.
bukan amanah sahaja diberi oleh Allah s.w.t. dihantarkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai role model
belum cukup lagikah?
udah-udahlah berfikiran sempit.
bila kita mahu maju? setakat mahu berfikir dalam kelompok kita sahaja.
tengok kanan kiri, masih ada rakyat malaysia yang belum dapat bersekolah.
siapa yang mahu tolong mereka itu?
mahu harapkan siapa?

Jom kita nilai poster, banner, kain rentang dan segala alat kempen itu.
bukan saya mahu kita semua berkira.
pergi tengok dalam tong sampah berapa banyak ada alat kempen.
kawasan hulu kelantan ada lagi pelajar yang meredah hutan mahu ke sekolah.
siapa ambil kisah?
siapa mahu motivate diorang?

jomlah kita berfikir sejenak, siapa yang bertanding itu.
sedar tak itu saudara kita.
saudara atas dasar mengucap dua kalimah syahadah.
saudara yang sama-sama islamnya.
saudara yang dilahirkan dimuka bumi ini sebagai khalifah Allah s.w.t
memakmurkan muka bumi Allah s.w.t.

Amboi baru kat universiti dah ada pengikut fanatik ke?
dah sampai tahap mahu buat aniayai orang.
kalau dah jadi sebegini rupa bakal pemimpin negara, nilai la keadaannya.
kalau mahu sebotaj pun fikir dululah.
ape? takda orang nampak. selamat dunia.
Allah s.w.t nampaklah kawan.
kan pernah belajar kat sekolah Allah Maha melihat.

kepada sesiapa yang suka buat kacau.
suka sebotaj, suka halang orang buat baik, suka kutuk orang, suka salah guna kuasa.
tak perlu berbangga.
liang lahad itu memang wajib untuk semua.
tak kisahlah jawatan gunung melangit pun.
duit segundang pun.
tanah seplanet pun.
malaikat maut tak ambil rasuah.

Bagi yang dah dapat kuasa itu, jangan honeymoon la.
kuasa itu pemberian Allah s.w.t.
nanti hisab Allah tak tanya mulut. Allah tanya seluruh anggota badan.
peguambela pun takda masa tu.
berbaktilah, tak rugi pun.
kerja didunia akhirat releks.
janji-janji jangan dilupa pula.
bukan tak tahu hukum agamakan.
janji mesti ditepati.
Allah s.w.t tidak menyukai hambanya yang tidak menepati janji.




 
saya tidak menyebelahi mana pihak pun dan saya tidak terlibat mana-mana parti mahasiwa. bukan tidak mahu ambil kisah. tapi memang tidak layak lagi dalam pilihanraya kampus.