sempat mengikuti kawan-kawan mngadakan persembahan dikir barat.
belajar kat mana dikir barat? budaya negeri sendirikan..
majlis apa? majlis perhargaan kepada kepimpinan kolej kediaman.
kali ini, majlis berlangsung di nadi pujangga UKM.
ekslusif juga dewan tu sebenarnya. sesuai untuk majlis perhargaan bagi mereka yang penat lelah.

kenapa perlu ada budaya?
banyak budaya melalaikan.
mungkin benar, tapi kita perlukan banyak maklumat sebelum menghukum.
memang kebanyakan budaya agak melalaikan tambahan lagi lagu-lagu yang mengasyikkan.
tapi budaya juga ada baiknya, misalnya kami berdikir barat mesej yang ditekan adalah nasihat.
ada kala isu-isu semasa kalau diberi tahu secara biasa mungkin orang tidak mengendahkannya.
kami menpunyai cara sendiri mendekati masyarakat dengan budaya tempatan.

Penyampaian idea-idea melalui budaya tempatan amat sesuai.
dan perlu juga kita melihat batas2 syarak agar tidak melanggarnya.
kalau kepelbagaian cara menyampaikan mesej kebaikan itu.
kalau kita melihat Maher zain yang terkenal dengan alunan musiknya.
itu cara dia menyampaikan mesej kepada umat islam sejagat.
peringatan yang diberikan bukan tentang hal besar tapi penting.
menyampaikan lagu supaya mengingat Allah s.w.t
terserah kepada orang yang mendengar lagunya.. menerima atau menolak..

Hiburan kita masa kini banyak diimport dari barat.
dan setiap kali idea pembangunan musik berlandaskan barat.
mengapa kita tidak mengembangkan budaya kita.
yang jelas kebaikannya tetap ada.
selain menyampaikan mesej kebaikan ia juga mengekalkan jati diri bangsa.
bukan saya menolak trend musik dibarat tapi kadangkala kita terikut ikut.
itu menjadi masalah, kalau trend musik mungkin tidak mengapa.
tapi ia menjalar kepada lirik-lirik yang tidak bagus.
dan kadang kala permakaian juga diimport sekali dengan trend itu.

masih lagi tidak percaya?
tengok pakaian mereka yang mendendangkan musik rock. ada ke yang memakai pakaian pejabat?
mesti ramai yang akan mengelakkan mereka.
sebab apa rock mesti disesuaikan denagn pakaian rock.
kalu hip hop dengan pakaiannyalah, walaupun kadang kala nampak seperti tidak kemas
sebab trend kn...
jelaskan, kadangkala trend musik barat juga mebawa sekali pemakaiannya.
tak salah kalau nak berhibur tapi mesti berpada-pada..
tahu batas syarak, tahu maksud hiburan itu..


pandangan diri sendiri: terima kasih kawanku..