bersama kawan berkelah di port dickson.
merehatkan minda sambil melihatkan keindahan Allah s.w.t.
biasa melihat pantai di timur.
bertukar angin ke sebelah barat pula.
melihat laut selat melaka yang menjadi laluan kapal dagangan dari zaman-berzaman.
dari zaman kedah tua hingga sekarang.

kecantikan pantai di port dickson mugkin tidak dapat dibandingkan denagn pantai sebelah timur.
mungkin disebabkan keadaan geografi port dickson terletak di tengah antara dua negara.
menjadikan kawasan itu berlumpur dan berbatu-batu.
tidak seperti di pantai timur yang berpasir tapi berombak kuat.
Allah s.w.t menjadikan sesuatu itu ada kelemahan dan kebaikan.
di timur, pantai memang cantik dan berpasir tapi tidak sesuai kadang untuk aktiviti laut sebab air bergelora.
di pantai barat pula, sesuai untuk aktiviti laut sebab air tidak bergelora tapi dasarnya berlumpur.

semasa mendirikan khemah kami memilih tempat yang menpunyai surau.
semasa kami menjejakkan kaki ke surau tersebut.
terdetik rasa hairan apabila seruan azan tidak kedengaran.
masuk kami ke surau tersebut fasiliti memang cukup.
menpunyai alat pembesar suara dan air cond.
tapi jemaahnya tiada. maka dukacita agak terasa jugalah.
tempat pelancongan tiada seruan azan mengingati Allah s.w.t
alangkah sedihnya. semasa kami berbual-bual terlintas di fikiran kami.
ini adalah kawasan yang satu dulu heboh disebabkan pilihanraya teluk kemang.
tapi agak menghairankan kami disitu, inikah hasil dari pilihanraya hari itu.
perbangunan material tanpa perbangunan rohani.
dimana hilang komitmen mereka selepas itu.
saya tidak bercakap untuk sebelah pihak tapi dua-dua belah pihak perlu ada kesedaran.