track mark yang paling disukai...
berkesempatan kali ini ke kg orang asli sg judah, banting.. alhamdulilah dapat melaksanakan amanah Allah s.w.t menyampaikan seruan ke arah kebaikan. Meninggalkan sambutan tahun baru yang sesetengahnya banyak melalaikan. Dan ini merupakan post yang kali pertama bagi tahun 2011 masihi... 

Semasa berada disana beberapa hari pelbagai pengalaman dapat dikutip untuk terus berada dalam medan dakwah. Mungkin saya tidak mahu menyentuh tentang seluruh penjalanan program, cuma memetik beberapa pengalaman yang dapat dikongsikan, dan secara tidak langsung akan melancarkan kerja-kerja jalan Allah s.w.t. 

dapat juga berbual dengan masyarkat orang asli disitu, mereka berasal dari keturunan mahmeri. penempatan mereka dari pada zaman dulu adalah ditepi laut dan masa kini ada yang telah berpindah menbina penempatan yang jauh sedikit dari laut. Perkerjaan utama mereka adalah sebagi nelayan. Dengan perkembangan teknologi ada antara masyarakat yang menjadi nelayan laut dalam. 

Secara kasarnya, mereka banyak menjalankan aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai. Dalam struktur masyarakat, mereka juga menpunyai tok batin yang mengetuai masyarakat orang asli di kawasan itu. Dengan bantuan kerajaan, masyarakat orang asli disini telah melonjak kepada satu tahap apabila penubuhan JKKK... Perubahan penempatan yang dulunya di tepi laut ke ladang kelapa sawit telah menukar corak kehidupan mereka untuk menjalankan aktiviti perlandangan.

berkat kesungguhan beberapa pihak menerangkan kesaksamaan islam kepada orang asli telah menbuka pintu hati mereka untuk menerima islam, Walaupun masih dalam kekurangan tentang islam, tetap usaha gigih daripada jabatan islam negeri meletakkan pegawai memantau kemajuan pendidikan agama kepada msyarakat orang asli telah menbuka sinar baru dalam kehidupan masyarakat disitu. Dengan ada pegawai dan bantuan pihak luar telah memajukan masyarakat orang asli dalam kepompongnya. 

Dan saya sungguh teruja apabila ada sebilangan kecil daripada masyarakat orang asli sudah sedar akan kepentingan ilmu dalam hidup mereka. Nasihat dan bimbingan pihak tertentu bagi menjamin usaha menbangunkan masyarakat orang asli dalam semua aspek harus ditikberatkan agar selari dengan agama islam yang menekankan kemajuan dunaiawi dan akhirat.  Proses meningkatkan taraf hidup mereka mungkin agak lama tetapi amat bermakna bag kita semua.

nota halusku : persediaan dakwah yang bagus untukku