berkongsi ckit..
kalu orang yang tak minat nak baca tak pe la..
tak pandai nak buat ayat berbunga..
Perniagaan?
siapa tidak tahu pasal perniagaan?
tahu basic pun dah ok la..
perkara yang pertama yang kita fikir tentang perniagaan adalah jual beli.
tak kisahlah kedai runcit ke? ke makan ke? pasaraya ke?
semua itu perniagaan la.. tak kisah la kecil ke besar ke..
janji ada penjual dan pembeli.

berbangkit kepada isu sekarang, ramai ahli perniagaan menyatakan mengunakan istilah "hidup ini perniagaan".
secara peribadi, mungkin perniaga-perniaga ingin menyatakan kesungguhan dalam perniagaan. tapi istilah itu kalau kita cuba bangkit dalam ucapan seorang peniaga berjaya kepada orang lain mungkin meyebabkan kekeliruan. 

sebagai contohnya, mungkin seseorang itu sanggup mengadai maruah diri dalam perniagaan.
itu salah satu kesan, apabila hidup ini perniagaan bermakna kita mengabdikan diri untuk perniagaan.
dan dalam masa yang sama kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahu atas nama perniagaan. 
yang halal dan haram di tolak ke tepi sebab kenyataan hidup ini perniagaan. perniagaan diltetakkan perkara penting dalam hidup.

Konsep perniagaan( yg belajr kt sekolah dulu). proses jual beli tapi asas sebenarnya adalah pertukaran barang. Cuma hari ini sebab ada sistem matawang maka nampak kita hanya menbeli barang mengunakkan duit. Tapi kalau kita tahu wang itu juga akan berputar. Sebab itu barangan kat kelantan murah sikit sebab semua benda murah. So duit itu berputar dalam keadaan barangan murah.

Allah s.w.t  tidak melarang hamba-hambanya berniaga. Malah menyediakan guideline lagi. 
sayangkan Dia kat kita semua.
Asas perniagaan yang ditekan dalam islam ialah "perniagaan untuk hidup"
makna yer, kita berniaga untuk meneruskan hidup.
maka berkessesuaian dengan konsep berniaga iatu proses tukar barang.
bertukar barang untuk teruskan hidup. tentu sekali kita akan mengelakkan daripada perkara haram sebab perniagaan itu berlandaskan hukum islam itu sendiri.
Allah s.w.t juga mahu kita dalam hidup ini tolong menolong.
tolong menolong juga adalah asas perniagaan.
orang memerlukan barang, kita menjualnya, maka kita menolong orang itu mendapat barang yang dihajati.
cuma mungkin dariapda tolong menolong itu kita mendapat sedikit keuntungan.
tapi asas yang kita perlu pegang adalah tolong menolong ketika berniaga.

andai kata kita berfikir kepada keuntungan dalam perniagaan maka timbullah niat jahat dalam diri kita.
tamak hendak banyak keuntungan. maka ada penipuan dalam perniagaan..
Riba juga merupakan asas kepada perniagaan yang mementingkan keuntungan. 
yela sebab mementingkan keuntungan riba disandarkan.
Allah s.w.t mengharamkan riba sebab asas perniagaan dalam islam adalah tolong menolon.