Setiap manusia tidak lari dari menbuat kesalahan.
tidak kesalahan kecil atau besar. 
dalam negara aman dan makmur termaktub undang-undang bagi menjaga keamanan keamanan sejagat.
beberapa hari lepas sempat mengadakan lwatan ke penjara kajang.
Melihat suasana di sebalik tembok simen yang berkaki-kaki tingginya.
Bukan ingin melihat kesalahan penjenayah tetapi menilai sikap masyarakat kita dan peranan NGO islam dalam menbentuk mereka yang berada dalam penjagaan pihak penjara. Pernahkah kita terfikir peranan kita sebagai masyarakat yang prihatin. Mungkin ada tapi bilangan amat sedikit.

tertarik dengan slogan di pintu masuk "DATANG DENGAN SERIBU KESALAHAN PULANG DENGAN SERIBU KEINSAFAN"
begitu komited pihak penjara cuba mendidik mereka yang bersalah supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Mereka juga menegur NGO2 islam yang kurang menbantu dalam menbangunkan mereka yang berada di penjara. Saya dapat melihat statistik yang ditunjikkan oleh pegawai penjara yang menyatakan kebanyakkan dari mereka sudah berkali-kali keluar masuk penjara. Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat akan keadaan meraka menyebabkan mereka menjadi begitu.

Menjadi dilema bagi seorang banduan apabila keluar dari penjara. Ada antara mereka tidak tahu hendak kemana? siapa akan menerima mereka? dan bagaimana mereka akan hidup diluar?.
keadaaan ini menyebabkan ramai antara banduan kembali ke penjara semula. sikap kita yang acuh tak acuh menyababkan mereka menjadi begini

Biasalah sikap kita suka mengkritik, diri saya pun tidak berkecuali. Ada mereka yang menpersoalkan bajet yang besar ke atas penjara. Mereka tidak tahu jika penjara tiada, mungkin aset lagi banyak kita menanggung kerugian. kita masih dalam kepompong yang suka melihat kelemahan orang bukan cuba menbantu.
Itu sikap yang kita mahu tonjolkan di depan warisan peneraju negara.