Itulah sikap kita hari ini.
Suka menghentam orang, dimana hilang sikap kita untuk bertolak ansur.
Banyak artikel yang menghentam pemimpin dulu2.
sikap kita yang mahu mencari salah orang lain tidak habis-habis.
sampai bila?
menghentam dasar-dasar pemimpin terdahulu.
dimana hilangnya waras kita berfikir
mengutuk pemimpin terdahulu.

sampai bila ingin mengutuk orang lain.
padahal usaha dari diri kita tidak ada.
hanya bercakap dan menyampaikan resolusi yang tidak ada apa makna.
kita perlu bertindak mengubahnya bukan setakat resolusi sahaja.
Berapa banyak resolusi yang diserahkan kepada pemimpin negara.
tetapi resolusi itu dibanggakan untuk menarik minat orang ramai terhadap perjuangan kita.
Mana hilang  niat kita untuk menukar sesuatu ke arah lebih baik.
resolusi bukan kertas hitam putih tetapi mesti disertakan niat ingin merubah sesuatu ke arah kebaikan.

tidak perlu kita bercakap  panjang lebar.
cukup sekadar penerangan itu menjelaskan idea kita.
ayat-ayat yang mengetar jiwa tetapi selepas itu kita balik rumah tidur.
berguna ke? tidak sama sekali jika tidak disertakan usaha mengubahnya,
Bukan tidak boleh bercakap tapi tahu dulu keperluannya untuk bercakap.
bercakap bukan menghangatkan keadaan yang menimbulkan amarah.

Biarlah kita hidup bersederhana.
kalau orang lain buat salah kita betulkan.
kalau berulang kita nasihatkan, tidak  perlu tunjuk belang mengutuk yang menimbulkan pergaduhan.
Apakah sudah hilang sikap kita bersabar.
mengutuk pemimpin terdahulu bukan cara terbaik.
kalau pemimpin itu sudah meninggal dunia, kita menbincangkan keburukannya.
adakah itu salah disisi agama.

kalau kita mengumpat dan mengutuk orang yang sudah meninggal dunia.
Bila kita kita mahu memohon maaf?
ataupun kita mahu mohon maaf apabila liang lahad telah dekat dengan kita.
ingat kesalahan ke atas manusia mesti diselesaikan sesama manusia.
banyak kita lihat hari ramai mula mengungkit kelemahan dan keburukan pemimpin.
Ada yang menyalahkan pemimpin atas apa yang berlaku sekarang.
adakah pemimpin itu tahu apa yang berlaku pada masa hadapan?
tidak sama sekali.

Seorang pemimpin mengeluarkan arahan  berdasarkan pandangan umum.
kalau arahan itu salah, kita betulkan agar tidak diteruskan.
kalau salah tiba masa kita menperbetulkan keadaan.
bukan mengeruhkan lagi keadaan.

analogi yang senang, kalau kita kutuk orang buat salah, orang marah.
bila masa kita buat salah, orang kutuk kita pula, kita marah.
itu sebabnya perlu kita saling menbantu antara satu sama lain.
menyokong yang mana lemah.
menbangun yang mana mundur.
bagitahu yang mana salah.
ajar yang mana  tidak tahu.
Betulkan niat kita, bukan kerana hendak kuasa.
tapi menperbetul kerana Allah s.w.t.

pandangan peribadi penulis pesanan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian. Moga amal ibadat kita diterima Allah s.w.t.