Coretan peringatan hari ini khutbah jumaat terbaru di masjid kolej islam malaya..
khutbah kali ini menerangkan pasal zakat. Zakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang terdapat dimalaysia.
  1. zakat fitrah
  2. zakat harta
zakat harta pula terbahagi kepada beberapa jenis: 
   zakat pendapatan                 zakat emas dan perak            zakat perniagaan
   zakat wang simpanan           zakat binatang ternakan          zakat hasil pertanian
   zakat KWSP                       zakat hasil laut                        zakat rikaz dan ma'din
   zakat saham/pelaburan

Memang banyak jenis zakat yang diwajibkan keatas seorang islam, tapi jangan kita lupa  ISLAM AGAMA YANG SEMPURNA. Islam tidak akan menbebankan penganutnya.
agama islam diturunkan oleh Allah s.w.t, bukan dibuat oleh seseorang berdasarkan nafsu. Tidak timbul isu agama islam menbebankan manusia, dalam isu zakat kita mesti tahu masih ada syarat-syarat yang menwajibkan umat islam menbayar zakat. Jikalau tidak termasuk dalam syarat-syarat itu tidak dikenakan zakat.

Menunaikan zakat ini banyak menberikan banyak impak terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.
Dukacita apabila masih ramai lagi tidak mahu menbayar zakat, alasan yang diberikan adalah kewangan tidak mengizinkan. Padahal Allah s.w.t telah berjanji kepada umat islam yang menbayar zakat keuntungn di dunia dan akhirat. keuntungan dunia atau akhirat? Pilih.... mestilah kita mahu kedua-duanya.. tapi massih ramai lagi yang mahu mencari keuntungan di dunia padahal mereka rugi di akhirat nanti. kita masih lupa Allah s.w.t berjanji akan menolong kita apabila kita menunaikan tanggungjawab seorng hamba yang beramal soleh. 

Mari kita kongsi sirah Rasullah dan para sahabat, Semua orang tahu Madinah adalah negara islam pertama.
Madinah menpunyai ekonomi yang cukup mantap dari segi pengurusan dan tadbirnya. Timbulnya sebuah intitusi yang dinamakan Baitulmal iaitu tempat menyimpan zakat. Ekonomi umat islam di madinah berkembang         
pesat dengan bantuan zakat yang dismpan di baitulmal.

Masih tidak percaya... diri yang lemah ini mahu berkongsi tentang ekonomi. Cuba kita bayangkan apabila sebuah syarikat menunaikan zakat perniagaan. Dan zakat itu sampai kepada seorang pelajar yang memerlukan wang, disebabkan zakat tadi pelajar tersebut telah berjaya untuk mendapat perkerjaan yang menberi pulangan yang lumayan. Dari gaji tadi, tahukah kita bahawa pelajar tadi akan menjadi pembeli kepada barangan syarikat tadi kerana sudah mampu. Bayangkan pelajar itu tidak mendapat wang zakat dan pelajaran tidak dapat diteruskan, mungkin hanya mendapat perkerjaan yang tidak bergaji lumayan. Syarikat itu akan mengalami kerugian kerana tiada kuasa pembeli kerana pembeli tidak mampu.
Kalau kita tengok syarat pemberi zakat dan penerima zakat mesti seorang islam. Kerana apa? menolong antara satu sama lain. Begitulah definisi perniagaan dalam islam yang menyatakan perniagan itu adalah kaedah kita saling tolong menolong..

Allahualam...