salam maal hijrah untuk semua.
dipanjat kesyukuran kepada Allah s..w.t agar dipermudahkan segala urusan sebagai insan dimuka bumi.


semalam berkesempatan mengikuti satu sambutan maal hijrah. Tidak lengkap sambutan maal hijrah kalu tidak  diselang dengan ceramah agama. Tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh saudara hasan ataupun lebih mesra dipangggil ustaz hasan antara rakan seperjuangan. penulis ingin mengarap dua isi yang sanagt menarik dari ceramah beliau.

1st, berkaitan dengan kebesaran sambutan maal hijrah, beliau menberitahu kebesaran apabila kita menbaca doa akhir tahun. dinyatakan bahawa sesiapa yang menbaca doa akhir tahun maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya sepanajang tahun itu. Maka tergolek-golek dan menyatakan celaka keatas dirinya kerana usahannya sepanjang tahun mengoda manusia telah diampunkan Allah s.w.t apabila anak adam menbaca doa akhir tahun. selepas maghrib, sekali lagi anak-anak adam menbaca doa awal tahun,maka sekali lagi syaitan menyatakan celaka keatas dirinya kerana anak adam telah mendapat perlindungan dan keredhaan Allah s.w.t. begitu mudah Allah s.w.t mengasihi hamba-hambanya, tapi kita mesti ingat jangan kita pula mengunakan hukum sendiri tidak beribadat kerana sudah diampunkan Allah sepanjang tahun adalah satu satu pandanagn yang salah. mari kita saling nasihat-mengnasihati kejalan yang diredhai Allah. amin3x

2nd, saudara hasan ada juga menceritakan kehebatan ilmu rasullulah s.a.w, para sahabat, dan para ulamak2 terkenal. Mereka begitu fasih dengan ilmu al-quran dan sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t. Dalam masa yang sama Allah s.w.t mengurniakan nikmat dengan ilmu duniawi seperti matematik dan sains. Penguasaan orang islam ketika dahulu adalah disebabkan ketaatan kepada Allah s.w.t. "belajar sedikit tapi Allah dah bagi banyak" ungkapan yang sesuai untuk mereka yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Terkilan,
masih ada institusi pendidikan berasaskan agama islam tidak mahu menganjurkan sambutan maal hijrah. kalau  kita semua perhatikan berapa ramai pelajar-pelajar yang masih tidak tahu bulan2 islam. Maal hijrah hanya dianggap penting untuk cuti umum sahaja. Pelajar-pelajar tidak mendapat erti maal hijrah yang sebenarnya. Bayangkan kalau generasi pemimpin yang sedang dilatih dibawah naungan pendidikan berasaskan agama islam tidak mampu mengenal erti hijrah, hancur sebuah negara. Yang masih menghairankan aktiviti sosial dan sukan yang kadang kala aurat entah kemana diagung-agungkan sehingga peruntukan belanjawan dihabiskan ke situ. Banner yang dikeluarkan "pesta sukan tahun ini, jom ramai2 kita meriahkannya" bukannya "sambutan maal hijrah, berubah kearah kebaikan". Tidak habis duit belanjawan mengadakan sambutan maal hijrah yang sederhana. Berbanding pesta sukan yang menghabiskan duit perpuluh-puluh ribu, pdahal sambutan maal hijrah hanya pengisian dari segi rohani agar setipa pelajar dapat berubah ke arah kebaikan. Pengisian maal hijrah tidak dihiraukan malah sesetenagh pelajar mengambil insentif menganjurkannya sendiri bagi mengingati sahabat-sahabat agar tidak terus leka. Adakah hari ini kita menjunjung idea barat yang memisahkan agama dan duniawi. Sambutan maal hijrah dianggap perkara kecil, Itu yang menbuatkan hari ini hilangnya ahli profesional yang berintegriti dan menpunyai nilai ketaqwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan menbawa kepada jenayah kolar putih. Maal hijrah dalam konteks hari ini adalah perubahan dari yang tidak baik ke arah yang lebih baik.

Nota kaki: diri ini x bagus gak tapi keinginan melihat kebaikan itu tentu ada. Agar ini menjadi petunkuk dia alam perkerjaan nanti..