Dalam perjuangan sentiasa dicuba dengan acuan ujian-ujian kadangkala melunturkan semangat perjuangan.
perjaungan bukan tempat bersuka ria. perjaungan adalah tempat suka duka tetapi sentiasa dalam kebahagian.

Sahabat,
kadangkala terdengar juga rungutan" letihlah buat kerja dakwah nie, kita mahu belajar lagi, takkan kita nak buat semua".
itu kadangkala rungutan yang selalu didengari.
sabarlah wahai sahabat, Allah s.w.t sedang menguji kamu.
jangan mengalah dengan keadaan itu, contoh kisah para ulamak telah menbuktikan.


Sahabat,
Dalam perjuangan kita tidak pernah lari dari berjumpa bermacam ragam manusia.
kadangkala, kita berjumpa manusia yang angkuh dengan pangkatnya.
ada juga yang berdakwah  dan menjalankan kerja atas kepentingan diri sendiri. 
ada yang menbela sesuatu golongan sehingga menbelakangkan persaudaraan.
perbezaan pendapat dalam kumpulan adalah biasa tetapi jangan sampai persaudaraan terputus.
kadangkala sedih melihat persaudaraan dan kerjasama terputus kerana menperjuangkan satu pendapat. 
Rasullulah s.a.w mengajar kita belajar menerima pendapat.
Kita belum sampai lagi ke tahap para sahabat berdakwah.
suasana lagi jauh berbeza.
bersabarlah wahai sahabat, janji Allah kepada kita akan ditunaiakan.

nota kaki: sama-sama kita berjuang, tapi ingat hak setiap insan. Allah s.w.t akan hisab segala2nya. amatlah rugi jika kita berjuang tetapi dalam masa yang sama kita melanggar hak-hak ornag lain.