ramai yang asyik bercakap pasal kahwin awal, memang banyak kebaikan untuk kahwin. Tapi dalam masa yang sama kita perlu tanya diri kita adakah kita sudah besedia untuk kahwin. Jika tidak jangan kita cuba-cuba kerana ia melibatkan seluruh hidup kita.
kita mesti nilai diri kita terlebih dahulu dari segala aspek.

Secara maklumannya saya sudah berpunya. :)
orang yang menpunyai saya itu sememangnya cantik sangat;
(ayat...macam darjah satu, tak kisah la!!!!)
kalau nak dibandingkan dengan miss universe memang cantik dia lagi.(promote)
selalu teringat kat dia, waktu makan, waktu tidur, waktu belajar,
sungguh romantik, yang penting dia sudah banyak tolong orang lain dan diri saya sendiri.
berkenalan denagn dia adalah satu nikmat yang tidak terhingga rasanya.. (jiwang time)

banyak masa dihabiskan untuk dia, tapi kisah la asalkan dapat bersama dia.
kadang-kadang kala banyak duit habis, sayang punya cerita la.... biasa la tu...
kalau pergi kemana sahaja, confirm mesti dibawa dia bersama sebagai teman.
kalau tak bawa dia, tidak ada erti walaupun sampai ke ke benua eropah sekalipun,
dia memang penting dalam hidup saya.. penting sangat!!!!
tidak mengapa sebab patut semua itu bagi untuk dia.
tidak ada istilah sombong dan bongkak  dalam diri dia,

dalam waktu sibuk, terlupa tentang dia,( biasa la manusiakan) tidak marah pun.
tapi hati ini selalu bersama dia ,tidak akan rasa senang kalau tidak bersama dia walaupun sesaat.
sayangkan.....
setiap detik selalu ingin bersamanya,
tapi sebagai manusia kita selalu lupa,
peluang bersama dia adalah kenangan yang paling indah,
dengan dia, saya mengenali rakan baru,
dengan dia hidup ini bermakna,
saya tahu tujuan untuk hidup bersamanya.

dia tidak pandai berkata-kata,
tapi dia boleh bercakap dari hati ke hati.
itu istimewanya dia...
punyalah romantik, orang lain siap berkata manis, kami hanya bercakap dari hati ke hati,
tak payah mencari perkataan manis-manis,
tidak perlu pujuk rayu,
tidak perlu madah bicara,
sayang datang semua jalan...

Masa berkenalan dulu,
punyalah tidak mahu berkenalan,
sebabnya, tidak tahu kelebihan dia,
tak kenal maka tak cintakan.
sudah-sudah, asyik berkepit jer.
tidak berenggang langsung, masuk hutan pun bawa kot!!!!.

Part paling best, dia tidak ada perasaan cemburu,
mintak madu, dia cakap boleh, dan mesti bermadu.
alasan kukuhnya mengikut sunnah. tapi dia ada bagitahu,
biarlah madunya dapat menerimanya juga sebahagian dari hidup.
bahagiakan siapa mendapat dia,
tidak kurang juga, nasihatnya untuk mencari ilmu dan kenali dirinya dulu sebelum bermadu.
agar terus harmoni hidup

ada gak part sedih bersama dia,
tapi bab sedih itu mengajar erti kesenangan.
pernah juga dituduh dan fitnah kerana menpertahankan dia,
Tapi dia menpunyai semangat yang kental.
saya yang selalu bersama dia akan juga turut kental.
masa keluar bersama dia, semua boleh belajar,
kadang kala kita lupa baca al-quran, lupa nak solat sunat,
apabila saya keluar berkerja bersama dia, dapatkan menperbanyakkan amal ibadat,
kalau ingin sentiasa bersama dia, perlu mengikuti majlis agama,
kata sayang, mestilah pergikan,
banyak belajar dari dia tentang kehidupan,
kadang-kadang dia mnegajar erti kesusahan.

Part Hepi,
kalau ada sedih, mesti ada gembiranya,
banyak part gembira bersamanya,
terlalu banyak hendak dibagitahu,
kejayaan bersama dia adalah adalah kenangan yang sangat manis,
ia menbuatkan kami selalu berada ikatan yang kuat,
ikatan yang kuat datang dari sefahaman yang bagus,
so kena faham dia betul-betul,

part orang tak suka dia,
ramai gak orang tidak suka dia,
tapi dia tidak menperdulikan orang tidak menyukainya,
dia hanya menbantu,dia tidak menganggu orang lain,
apabila dia diperlukan dia akan terus berkhidmat,
baguskan dia, sesuai sangat djadikan teman hidup dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang tertanya siapa 'dia', dia adalah perjuangan dan pergorbanan.
perjuangan dan pengorbanan adalah isteriku.
orang lain pun ada sama isteri sepertiku.
cuma sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya berjuang untuk hidup..
ketika bermusafir di bumi Allah s.w.t
menunggu panggilan mengadap ILLHI.
adalah satu keistimewaan bagi mereka yang mndapatkannya..
dia ada dalam diri kita,
bermula dari kita berfikir sejak kecil, bermula kita mengenalinya.
dan setiap detik kita cuba menaikkannya..
kita akan bersamanya berpayungkan al-quran dam al-hadis,