Apa itu buffer solution, mungkin antara pelajar jurusan sains sudah tahu apa itu buffer solution.
buffer solution adalah tahap keupayaan sesuatu campuran mengekalkan keasidanya apabila ditambah sedikit asid dan alkali, penulis bukan menceritkan proses yang digunakn menghasilkan campuran ini dan bukan juga manunjukkan jalan kerja menghasilkan  campuran ini.


Proses hidup kita ini adalah satu anugerah daripada Allah s.w.t.
Kita tidak terlepas dari diuji dengan pelbagai rintangan bagi mengukuhkan iman dan taqwa kita.
Kita di ibaratkan solution, dan apabila ditambah dengan ilmu. Maka kita menunjuk ke arah yang baik.
dan apabila kita ditambahkan maksiat, maka jalan sesat telah kita pilih. Ujian yang didatang bukan hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga didatang dalam bentuk kesenangan. Ada antara jutawan masih liat menbayar zakat kerana takut harta habis. Begitu Allah s.w.t menguji keyakinan hambaNya. Buffer solution adalah anologi yang bagus untuk kita pelajri dari prinsipnya dan pengisian dalam hidup kita untuk dunia dan akhirat. Kalau di dunia ia berkaitan dengan dunia kimia, di akhirat pula ia mendapat pahala.

Jika kita lihat pada prinsip buffer yang masih mengekalkan keasidannya walaupun ditambah sedikit bahan lain.Bahan yang ditambah akan bertindakbalas dengan campuran tetapi keupayaan campuran mengekalkan keasidannya menyebabkan campuran masih lagi berada tahap keasidan yang hampir sama.Apabila kita guna prinsip buffer ini dalam hidup, kita sebenarnya sedang  berusaha mengelak daripada melakukan maksiat. buffer yang dimaksudkan dalam hidup kita adalah keupayaan diri kita mengelak dari melakukan maksiat. Sebagai contohnya, kita berada di kawasan yang menjunjung aktiviti maksiat dan secara tidak langsung ia akan menarik perhatian kita, namun apabila kita menpunyai keupayaan dalam diri kita untuk meghindari maksiat maka keadaan sekeliling itu tidak akan menpengaruhi kita.Campuran maksiat akan meresap masuk dalam diri kita jika keupayaan diri kita mengelak daripada maksiat ini lemah.Itu yang berlaku sekarang apabila kita tidak menpunyai kepunyaan untuk menghindari maksiat maka perkara maksiat akan menjadi sebati dalam hidup kita.

Mungkin dalam prinsip buffer, pertambahan bahan lain akan juga menpengaruhi sedikit tahap keasidan campuran apabila ditambah denagn bahan lain, jika ditambah asid maka mejurus kepada asid, jika ditambah alkali maka ia akan menjurus kepada alkali. Tapi dalam kehidupan seorang beragama islam yang berpaksikan agama Allah s.w.t  adalah berlainan, pengaruh tidak baik ataupun maksiat dapat dielakkan kesemuanya kerana masih ada satu makanisme lain iaitu agama islam. Dengan ada agama islam dalam diri kita, sebanyak mana pengaruh maksiat dan  tidak baik itu datang ianya dapat dikenkang habis-habisan. Agama islam adalah agama yang sempurna dalam sosial, ekonomi dan pelbagai lagi. Selain itu, agama islam memang didatangkan dengan sempurna kerana ia sesuai diamalkan dimana zman pun. Sebab itu, penyelesaian masalah sosial hari ini hanya dapat diselesaikan denagan pemahaman agama yang baik. Apabila pemahaman agama ditekankan tidak menjadi-jadi maslah sosial seperti hari ini.

nota kecilku: kembalilah kepada agama islam, kesempurnaan hidup datangnya daripada agama.