Mungkin agak kasar entry kali ini tetapi ia memang sesuai apa yang hendak dikongsikan.
melihat kepada masalah sosial hari ini, bermacam2 persoalan yang bermain di benak fikiran kita.
Apa yang menyebabkan semua perkara ini berlaku, salah siapa?

Masing2 menunjuk jari ke arah orang lain, dari keluarga, kepada masyarakat, dan terus kepada kerajaan.
Masing-masing cuba mendolak dalik dengan pelbagai alasan yang difikirkan akan melepaskan tanggungjawab mereka dalam hal ini. Pelbagai alasan dilontarkan namun hal ini akan terus menbuatkan jangkitan masalah sosial semakin hebat merebak.

Adakah kes remaja lari dari rumah masih menjadi perkara dalam baru dalam masyarakat kita padahal hari2 media massa dan cetak sentiasa melaporkan kehilangan remaja. Rintihan ibu bapa meminta anak mereka pulang masih di dianggap perkara baru dalam masyarakat kita hari ini. Terpampang di media cetak remaja lari bersama pemuda yang dicintai. Masih perkara baru kah? kalau perkara ini berlaku baru  hari ini tidak mengapa.. Tapi berkara ini sudah terjadi bertahun lamanya. Padahal tidak lengkap akhbar tidak melaporkan perkara ini. Didikan agama apa yang digunakan yang menbelakangkan orang tua dalam menentukan hala tuju kehidupan. Setahu ana, islam menyuruh penganutnya menghormati ibubapa.

Masalah seks luar nikah, banyak candangan yang diterima, Tapi cadangan yang paling senget gak diterima. Tempat buang bayi disediakan, itu bukan mencegah, itu namanya mengalakkan. Masih tidak mengamalkan sunnah " mencegah lebih baik dari merubati".  kalau kita faham, kita cegahlah perkara itu untuk terjadi. Hantar anak-anak ke tempat pengajian agama, baiki dulu akhlak. Bukan tiada dimalaysia ini tempat yang menpraktikkan ajaran agama dalam kehidupan. Kita hanya memikirkan duit, Takkan duit boleh bawa masuk kubur kot. Habiskan duit itu untuk didikan agama yang sempurna untuk anak-anak, depan Allah kita boleh jawab, harta kita untuk didikan agama anak-anak. Jangan mengharapkan sekolah agama rakyat, sekolah agama rakyat pun setakat pendidikan rendah sahaja. Lagi satu, takkan anak jer kot nak suruh jadi baik. ke mana hilang role model? siapa role model? artis make hancur.. ibubapa perlu jadi contoh.. so solat la.. amal jariah banyak cikit...

Siapa yang berkuasa dalam hal-hal agama dalam satu kawasan? confirm ahli jawantuasa masjid. Yang mengherankan program masjid seperti ceramah-ceramah itu kurang tapi pembesaran masjid dipergiatkan.
Masalah ini bukan tidak disedari, suara orang muda lagi ditolak. pernah sekali ana berjumpa seorang imam muda di salah sebuah masjid..( bukan dari program imam muda di astro) dia mencadangkan selepas solat isyak diadakan tayangan bola sepak di pekarangan masjid. Ditolak mentah-mentah dari AJK yang lain. Menunjukkan sikap kita yang masih kuno. Padahal daripada situ, ana sudah nampak satu kaedah iaitu solat dahulu lepas itu baru tengok bola. Kalau tengok dalam kawasan masjid takkan plak nak bersorak kuat-kuat. Lagi2 kalau imam ada sekali, mesti remaja2 malu dengan diorang. Masih lagi dengan idea lama, kalau jalan bolehlah dipertimbangkan, tapi sama jer perancangan atas kertas.

Tak payah nak ukur kehebatan masid itu dari bangunannya, setakat jemaah tak sampai satu saf tak ada gunanya, Tengok kepada jemaahnya kalau jemaahnya ramai, masjid itu berfungsi sebenarnya lagi2 yang boleh menarik minat golongan muda.

Masih ingat lagi tidak laporan disiplin sekolah. kalu ada itu cuba2 la tengok.."masalah disiplin masih terkawal". sedapnya bunyi. macam tiada masalah disiplin yang teruk-teruk. Takkan  peras ugut, pukul dan buli masih lagi disembunyikan. kalau sekolah keluarkan semua itu dari laporan guru, mau ibubapa terkejut.
bukan sikit yang terlibat, ramai yang terlibat. Kadang- kadang kenapa perlu diberi pengetahuan yang mengelirukan ibubapa, biarkan ibubapa tahu.. sama2 sedar bukan tanggungjawab sekolah, ibubapa pun perlu beri kerja sama.


nota kecilku: maaf kepada mereka yang terasa, cuma berkongsi pandangan, tiada niat mengutuk apatah lagi menghina.