Suatu subjek  yang lama tetapi sentiasa diperbaharui.
mencari ilmu yang tidak ada dalam bilik darjah.
Ilmu yang tentang syllbus kehidupan.
Mana datang satu subjek nie, syllbus kehidupan nie...
idea asal dari
 http://www.ustazamin.com/
yang bercerita pasal universiti kehidupan.
belajar syllabus kehidupan,
Yang penting syllabus kehidupan ini tidak pernah habis.
Selagi nyawa dikandung badan, syllabus ini tetap berjalan. syllabus yang perlu kita bercakap pasal pengalaman dan cita-cita diandungkan dengan asas agama.
Tapi ada syarat-syarat, nak belajar syllabus kehidupan
Apa yang dibelajar mesti dikongsikan untuk kebaikan.
Syarat sebuah syllabus yang mudah, tidak perlu menbaca buku
hanya melihat dan berfikir tentang hidup. Kaitkan setiap kejadian dengan Al-quran dan hadis
Baca dangan mata hati, Lihat setiap perkara dari pelbagai sudut. Tapi ingat jangan lihat dengan pandangan nafsu. Kerana pandangan nafsu didorong oleh syaitan laknatullah. Terang-terang Allah s.wt. nyatakan dalam Al-quran, Syaitan dan iblis laknatullah itu adalah musuh yang nyata bagi keturunan nabi Adam. Iblis berjanji akan mengugat hati2 keturunan adam bertaqwa dan beriman kepada Allah s.w.t.
Keistimewaan syllabus ini tidak memerlukan masa yang tetap, boleh dilakukan bila2 masa dan dimana sahaja selagi hidup dan berfikiran waras. Yang penting semasa belajar syllbus ini, Solat tidak boleh ditinggalkan 

Kadang-kadang syllabus kehidupan perlu dibelajar dengan cara tersendiri, pernah dengar akan satu kata-kata pengalaman adalah guru yang terbaik, Itu adalah adalah resepi untuk cemerlang dalam syllabus kehidupan. Seperti kita tahu  seorang yang cemerlang perlu hidup lebih baik dari hari semalamnya. begitu juga dengan syllabus kehidupan, amalan adalah begitu dan matlamatnya pun begitu agar kita lebih bertaqwa dan beriman. Semoga kita sama-sama menbaiki taqwa dan iman.

 "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung. "(Ali Imran : 103-104)"

Sebenarnya syllbus ini telah kita amalkan dalam hidup kita tetapi kita hanya tidak ada satu istilah  yang khusus untuk itu. Mungkin bagi penulis itu adalah bukan satu istilah dicari tapi pengajaran adalah isi utama. Mana mungkin satu pembelajaran tidak diuji dengan kesusahan. Kesusahan mengajar erti hidupkan.
Mungkin dalam syllabus kehidupan kita diajar menghadapi kerenah manusia yang pelbagai ragam, pelbagai budaya supaya kita faham erti sebuah kehidupan. Bagi sesiapa yang berani ,mereka akan melakukan kerja yang luar biasa mencari erti sebuah kehidupan. Pernah kita dengar, kawa-kawan kita bercerita mereka berkawan dengan mat rempit dan penagih dadah tapi mereka bukan terlibat sama. Itu adalah satu cara syllabus kehidupan diajar, kita  melihat sesuatu yang buruk dan kita tahu kenapa kita perlu menbencinya. Kadang kala kita hanya mendengar cermah dari seorang yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti itu dan itu tidak menbuatkan perasaan gerun dalam hati-hati kita. Tapi ingat, pembelajaran seperti ini hanya kepada mereka yanga telah bulatkan hati mereka untuk mengenali sesuatu bukan meniru sesuatu.

Pernah juga kita dengar kawan-kawan kita yang berkawan dengan golongan yang tidak baik dan dalam masa yang sama mereka terlibat sam dalam aktiviti tidak sihat, pembelajaran mereka adalah salah kerana mereka tidak meletakkan agama sebagai rujukan. Moga kita di jauhi.

P/s: jom kita belajar dan berkongsi sesuatu.