Selamat menyambut aidiladha kepada semua rakan-rakan, tidak kira dimana berada moga diberkati Allah s.w.t.
Ahamdulilah, kita masih dipertemukan dengan hari raya aidilfitri yang mana sangat bermakna kepada umat islam. Bagi yang berkemampuan, hari raya aildilfitri ataupun hari raya qurban ini bolehlah mengorbankan binatang ternakan untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin. Rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t wajar kita agih-agih kepada mereka yang memerlukan. Tidak kurang juga, ada mereka yang mengadakan kenduri doa selamat dalal menyambut hari raya. Tidak menjadi masalah jika kita mengadakan kenduri dalam menyambut aidiladha asalkan kita menperbetulkan niat kita.

Disebalik kelipan baju-baju baru dan baraneka kuih muih, mari kita saling menginsafi, nasihat-mengnasihati antara satu sama lain agar kita lebih bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kita sama-sama menunaikan solat hari raya, menziarahi kubur  dan menlawat sanak saudara.

Dalam menyambut hari raya elakkan dari menbazir  kerana amalan menbazir adalah amalan syaitan laknatullah. Amalan menbazir ketika menyambut hari raya bukan amalan umat islam tapi bukan bererti kedekut. Cuma kita diminta berjimat cermat agar tidak mendapat kesusahan di lain masa. Cukup beraya sederhana sahaja, kerana rasullah juga seorang yang berserderhana dalam hidup baginda.  Bagi fakir miskin, mereka mendapat rezeki daripada Allah s.w.t pada hari raya. Daging adalah sumber protein bagi manusia, kekurangn protein dalam tubuh badan manusia menyebabkan pelbagai penyakit. Sumber protein ini sangat penting kepada mereka yang dalam kesusahan yang tidak mendapat sumber protein yang mencukupi. Di hari raya, limpahan sumber protein diberikan Allah s.w.t kepada mereka. peringatan!!!!!!!!!! kepada mereka yang berpenyakit melibatkan sumber protein dan lemak sila berjaga-jaga untuk kesihatan. Beraya berpada2..

Maaf bermaafan, sesuai di hari raya kita maaf bermaafan walaupun kita tidak ada kesalahan. Mengeratkan hubungan antara keluarga. Salah satu amalan mulia dalam islam menyeru umatnya maaf bermaafan pada hari raya walaupun kadang-kadang tidak ada kesalahan. kesannya adalah hubungn kelurga bertambah erat. Cantik islam mengajar kita bukan hanya dalam hubungn kita dengan Allah s.w.t sahaja tetapi meliputi hubungn dengan manusia juga.

Bagi mereka yang sedang mengerjakan haji, moga2 mendapat haji yang mabrur. Niat yang ikhlas dan pergorbanan menunaikan haji merupakan anugerah Allah s.w.t yang tidak bernilai. Nasihat kepada diri sendiri supaya terus berusaha untuk dapat menunaikan haji. Insyallah suatu hari nanti diri ini pula menjadi tetamu rumah Allah s.w.t. Ingin menunaikan rukun islam ke ke 5 Iaitu menunaikan haji kepada mereka yang berkemampuan. Ibadat haji menpunyai keasan tersendiri kepada mereka yang menunaikannya. Mungkin kerana keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t kepada mereka...


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA