Berkongsi tentang khutbah jumaat di masjid islam kolej islam malaya berkaitan saudara baru.
saudara baru ataupun dikenali mereka yang baru memeluk agama islam.
Banyak cadangan yang dilontarkan bagi menbantu saudara kita ini.
Antara cadangannya adalah: 
Meperkenalkan saudara baru pada ahli jemaah pada hari jumaat.
Ini adalah perkara yang baik, seperti kita tahu sesetengah daripada saudara baru kita ini mengalami banyak pahit getir yang menduga iman mereka. Ada antara saudara baru, dipulau oleh kelurga, dipulau oleh bangsanya dan tidak kurang juga dibuang kerja kerana memeluk agama Islam. Sebagai seorang muslim wajib kita menbantu saudara kita ini dalam apa sekali keadaan. Mereka bukan hanya memerlukan sokongan meterial tetapi semangat juga. Apabila kita menperkenalkan saudara kita pada hari jumaat sebelum kuthbah jumaat, secara tidak langsung ia dapat menaikkan semangat saudara baru. Mungkin perhargaan kita pada hari jumaat kepada mereka akan mengukuhkan lagi ketaqwaan kepada Allah. Sampingan daripad itu, penghargaan menperkenal saudara baru di khalayak umum menbuktikan penerimaan kita terhadap mereka.
Bagi kita pula, menperkenal saudara baru di hari jumaat memudahkan kita menyampaikan bantuan sewajarnya. Saudara baru termasuk dalam golongan asnaf iaitu golongan yang boleh meneriama zakat. Secara tidak langsung, Saluaran zakat boleh disalurkan kepada saudara baru.

Mewujudkan jawatankuasa di masjid bagi menbantu golongan ini.
Ini adalah candangan yang baik, masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadat malah menjadi tempat pengajian ilmu bagi saudara baru. Selain itu, masjid juga dijadikan tempat menyediakan kebajikan kepada saudara kita ini. AJK yang dilantik juga akan menyusun program masjid yang berkesesuaian dengan  saudara baru kita.
AJK ini juga perlu bertindak sebagai perhubung dalam permasalahan yang dihadapi oleh saudara baru.
Permasalah yang dihadapi oleh saudara baru berkaitan agama boleh disalurkan ke AJK ini. Masjid perlu menjadi wadah dalam menyampaikan pengetahuan agama islam. Sebagai contoh, AJK perlu menbawa mesej kepada masyarakat supaya tidak menceca dan menghina saudara baru. Mungkin diperingkat awal fahaman akidah dan agama islam masih kurang di kalangan saudara baru tetapi perlu diperbaiki setiap masa. Sikap masyarakat yang memandang enteng terhadap saudara baru perlu dielakkan agar tidak menambahkan beban saudara baru.

Moga candangan yang diwar-war di masjid itu menjadi kenyataan dengn izin Allah s.w.t. amin