"maafkan kami"
"maafkan kami"
"maafkan kami"
teringat lagu Allahyarham P.Ramlee yang mendendangkan lagu itu dalam filemnya bujang lapok.
Seringkali kita mendengar maaf-memaafi hanya di hari raya. Memang betul pada hari raya kita mesti maaf-memaafi tetapi bukannya hari yang biasa tidak boleh. Dalam hidup kita seharian memang tidak dinafikan, kadang kala kesalahan itu tetap berlaku. Pada masa yang sama, kita tidak pernah terlepas dari menbuat kesalahan terhadap orang lain dan sebaliknya. Kalau kita tengok dalam pandangan yang lain. Kenapa kita susah untuk memaafkan orang lain, padahal kita bukannya suka akan pengaduhan dan pesengketaan. Sifat ego kita yang sentiasa tidak mahu mengalah. Setiap orang menpunyai sifat ego dan tidak mahu mengalah. Sebenarnya sifat ego itu boleh dielakkan untuk memaafkan orang lain. Antara tips-tips untuk memaafkan orang lain adalah kita mesti tahu mendekati seseorang itu, memaafkan orang lain bukan perlu kita menyatakan ucapan. Dari perbuatan pun, kita boleh menyatakan kemaafan. Dalam konteks sebagai pelajar mungkin boleh kita mengajak mengadakan study group ataupun menjemputnya menghadiri sesuatu majlis yang diadakan. Secara tidak langsung kita sudah memaafkan orang lain tapi tidak mengunakan perkataan 'MAAF'. Seperti janggal kita tidak mengunakan perkataan 'MAAF' untuk situasi begini. Kemaafan kita akan datang sendiri apabila kita sudah mula bersahabat dan mula kenal mengenali antara satu sama lain. Jika kita perhatian kita dangan sahabat kita, mudahnya kita memaafkan sahabat kita sebab kita sudah saling kenal-mengenali antara satu sama lain. 

Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


daripada hadis itu Allah s.w.t melarang kita saling bersengketa. Buat apalah kita bersengketa padahal kita tidak suka akan pesengketaan. pesengketaan adalah racun untuk diri kita yang menbawa kepada keburukan. Berusahalah kita mengelak daripada persengketaan agar hidup kita aman dan makmur.
p/s: jikalau ingin berkongsi cerita bolehlah komen. hidup ini indah jikalau kita saling tolong menolong antara satu sama lain. Saling nasihat menasihati adalah perkara mulia.