Tip top Tip top..
Waktu semakin berlalu pergi.. Apa yang kita fikir tentang masa.. adakah sudah lama kita hidup ataupun masa menemui yang maha esa semakin hampir. Kita tidak tahu dimana? bagamaina? bila?
kita akan meninggalkan dunia ini. Cepatnya masa berlalu, tanpa kita sedar masa sentiasa bersama kita setiap detik dan ketika... semoga Allah sentiasa bersama kita menberikan sinar hidayah dalam hati2 kita.

Coretan kisah menjalankan amanah Allah.. menyampaikan ilmu di sekolah tanjung gahai.
Bukan penjalanan program disana ingin diceritakan..  cuma ingin berkongsi tentang pandangan sesuatu. sungguh kagum melihat adik2 yang ketal dan pandai berdikari. Seawal usia adik2, adik2 sudah mampu berdikari tinggal di asrama. Berjauhan dengan ibubapa dan rumah untuk menuntut ilmu. Kisah dan pengalaman dikongsi bersama diawal usia untuk terus maju kehadapan.
Terpancar cahaya di muka adik2 yang mana Allah s.w.t menyatakan anak2 kecil itu bersih dari dosa, doanya mudah dimakbul. 
Bak pepatah melayu meluntur bulur biarlah dari rebungnya, Alangkah baik adik2 ini kita terapkan islam dalam dirinya agar kejayaan dunia dan akhirat menjadi seiring. Syabas kepada pihak sekolah yang telah sedar akan keadaaan ini apabila tidak meletakkan pembelajaran rohani dibelakang pembelajaran akedemik. Apa yang diperhatikan, bacaan Al-quran mereka agak lancar cuma kadang2 terdapat sedikit kesalahan tajwid. Alangkah indah hidup mereka, Usia begitu al-quran sudah dikenali. 
Tidak cukup hidup ini hanya belajar untuk kesenangan dunia, kalau tiada akhirat seiring bersama.
Belajar bukan untuk menjadi seorang yang kaya. Tapi mencari keredhaan Allah s.wt.
Seringkali kita dengar mereka yang berilmu lebih merendah diri kerana ilmu itu mendekatkan diri kepada Allah s.wt. 
Terpegun melihat guru2 yang menjaga kebajikan anak2 ini, mungkin sesetengah orang beranggapan guru itu dibayar gaji dan tidak mengapa kalu diarah menjaga anak2 ini. Adakah kita terfikir guru2 ini menjaga anak2 kecil dengan jumlah yang ramai. Bandingkan kita hanya menjaga beberapa orang anak. Itu adalah pergorbanan yang besar apatah lagi anak2 ini masih di bangku sekolah rendah. Semoga jasamu guru hanya Allah yang dapat menbalasnya.


Bertuah masyarakat disini, menpunyai pemimpin yang mengambil berat tentang pendidikan anak bangsa. Dari masyarakat hinggalah kepada pemimpin masyarakat, mereka saling tolong menolong. Bukan ingin bercakap pasal politik, tapi ingin seorang pemimpin yang tahu mana yang perlu diutamakan. Pergorbanan semua pihak penting dalam isu pendidikan dan agama. 


Moga adik2 ini meneruskan perjuangan menegakkan islam dan menbaiki taraf hidup keluarga masing. Selamat berJaya adik2.. MoGa Allah selalu melindungi kamu selalu dimana sahaja.