Sedar tak sedar, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa.
Dalam masa yang sama kita telah cuba mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Bulan ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nanti..
Keriangan bulan ramadhan adalah sesuatu nikmat kepada umat islam..
Apabila kita mengingati bulan ramadhan, perasaan rindu akan datang.
Rindu untuk berpuasa, rindu untuk beribadat mendekatkan diri pada Allah s.w.t.
Rindu untuk beramal kebajikan.
Apabila ramadhan berada dibulan ramadhan, kita akan merasa seronok.
seronok berbuat kebajikan, seronok untuk melakukan ibadat. apatah lagi solat sunat terawih yang ada pada bulan ramdhan. Tidak pelik, berapa rakaat pun sanggup dihabiskan.
Apabila menjelang berakhir ramadhan, setiap orang akan merasakan rugi untuk meninggalkan ramadhan.
Kerana ramadhan kali ini mungkin yg terakhir. Doa dipanjatkan agar dapat bertemu ramadhan sekali lagi.

Bercerita pasal pahala yang sama banyak dengan menbaca Al-quran.
Bunyinya namapak pelikkan padahal sebaik-baik perkara dalam bulan ramadhan nie manebaca al-quran.
Tidak hairan la, setiap hari ada antara kita menghabiskan berjuzuk-juzuk...
Semalam berkesempatan, menghadiri satu ifthar, selepas makan diselitkan tazkirah.
Peceramah ada menanyakan kepada hadirin sesiapa yang menbaca al-quran, dan bilangan juzuknya sekali..
Selepas itu, beliau menyatakan bahawa mereka yang berkerja keras ketika menghidangkan makanan itu lagi besar pahalannya dari mereka yang duduk menunggu makanan sampai sambil menbaca al-quran dan menghabiskan berjuzuk-juzuk.
Memang dalam sesuatu majlis ifthar, kita boleh tengok ramai yang menbaca Al-quran menunggu waktu berbuka puasa. Perkara itu adalah bagus dari mebuang masa bercerita dan mengumpat.
Manakala para petugas bertungkus lumus dalam menyiapkan makanan. bagi berbuka puasa.
Jelasnya lagi, mereka yang menbantu orang lain adalah lagi besar pahalanya. Dalam al-quran,
ada sepotong ayat yang menyatakan bahawa kita sepatutnya melebihkan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Allah s.w.t mendidik kita supaya tidak ada sikap pentingkan diri sendiri.
Mungkin kita sedar akan kepentingan menghargai oarng lain. Secara kasarnya, Allah s.w. tidak mahu hambaNYA mementingkan diri sendiri walaupun dalam beribadat.

Tapi jangan pula selepas ini, kita meninggalkan bacaan al-quran, Kita perlu tengok keperluan. Jika ada orang yang memerlukan bantuan, hulurkan dulu. Selepas itu, beribadatlah. Moga-moga amal kita, ibadat kita, diri kita selalu dibawah keredhaan Allah s.w.t. InsyAllah..