Ahamdulilah bulan ramadhan sudah kita rasa, Bersyukur kita dapat merasakan bulan yang barakah ini..
Mungkin ramadhan adalah tempat kita melatih diri kita belajar..
dipetik dari blog:http://www.akmakasim.blogspot.com/ yang menerangkan keperluan ramadhan. Ramadhan adalah masa kita menilai diri kita dari segi ibadah, maka bulan ramadhan ini sesuai kita menperbanyakkakn ibadat.. Bukan maksudnya, bulan ramadhan sahaja menperbanyakkan ibadah.. tp jadikan bulan ramadhan tempat kita refresh blik ibadat kita. Sesuai lagi bulan ramadhan ini, kita jadikan masa melatih diri untuk menghadapi 11 bulan lagi untuk menunggu ramadhan..
            SMS yang menarik untuk dikongsi bersama:

1)Jadikan ramadhan sebagai universiti yang mengajar kuliah2 IBADAT, tutorial2 IMAN, assignment TAQWA@ amali2 AGAMA. Hrp diperoleh ijazah KEREDHAAN-NYA

2)Wishing 1 month of RAMADHAN, 4 weeks of BARAKAH, 30 days of FORGIVENESS, 720 hours of GUIDENCE, 43200 minutes of PURIFICATION, 2592000 seconds of NUR
Walaupun sambutan di kg dan di bandar berlainan tp hakikat yang satu setiap orang ingin merebut peluang ingin menperbanyak ibadat. Keadaan di kg berlainan dengan sikap orang kg yang suka menolong antara satu sama lain.. Menyedekahkan makanan di kg adalah perkara biasa. Keadaan ini menyebabkan suasana ramadhan di kg mmg meriah.. Di waktu malam pula, surau dan masjid penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih.
Berlainan di bandar, keadaan ramadhan dan penduduk yang sibuk menbataskan pergaulan masyarakat menyebabkan masyarakat lebih suka ke bazar ramadhan... bazar ramadhan dijadikan tempat memilih makanan yang dimahukan.. Di bulan ini ramadhan peniaga dimurahkan rezeki ngan hasil jualan yang banyak. Suasana di kg dan dibandar adlah sama bersedia dan ingin menjadikan ramadhan masa latihan dan menperbanyakkan amal ibadat. Tanpa kita sedari Allah s.w.t menurunkan banyak nikmat pada bulan ramadhan. Bayangkan sehari kita menghabiskan banyak duit untuk menghidangkan juadah istimewa berbuka puasa. Tanpa kita sedari, Kewengan kita masih stabil walaupun perbelanjaan bulan ramadhan sangat besar.. Maha agung Allah s.w.t menyenangkan dan mengurniakan banyak rezeki untuk kita.
Di bulan ramadhan ini, kita tidak boleh leka dengan menonton tV, atau berbual kosong.. masa2 yang kosong perlu diisi dengan bacaan al-quran. Menbaca al-quran dapat mengurangkan rasa lapar. Solat terawih samaada 8 rakaat atau 20 rakaat dilakukan pada malam.. banyak fadilat solat terawih ini.. Janji Allah s.w.t kepada mereka yang menunaikan solat terawih sangat banyak. Sebaik-baiknya solat di masjid, kalau tidak boleh pun solat di rumah.. tp darjah di masjid lagi tinggi dr solat di rumah. So, solat dimasjid lg afdal.. Selepas solat terawih bolehlah bertanya khabar sesama jemaah agar ukhwah semakin kuat. Jadikan masjid tempat beriteraksi dengan masyarakat sekeliling.
selamat berpuasa, insyallah ibadat kita akan diterima..