SAHABAT,
andai kau tahu betapa besarnya pahala kamu membantu islam,
Nescaya kau tidak akan tinggalkan tugas ini walaupun sesaat.
Andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan amar ma'aruf nahi mungkar serta melaksanakan amanah,
Nescaya kau menhargai sesaat pemberian Allah s.w.t.

SAHABAT,
Andai jasad kat mengorak tarbiyyah,  meneruskan mujahaddah.
Maka biarlah hati ini kat menempuhnya.

SAHABAT,
Jangan dilupa janji Allah s.wt kepada mereka yang menegakkan agamaNya.
DIA tidakkan akan menjadikan ujian yang tidak boleh dipikul.
Sesungguhnya DIA amat mengetahui apa kita tidak tahu.

SAHABAT,
Jangan bersedih apabila kalah. Allah s.w.t telah menjanjikan kemenangan kepada orang yang menegakkan agamanya.
Samaada kemenangan di dunia ataupun kemenangan syahid.
Sirah nabi muhammad s.a.w telah mengajar kita.
Adakah kita lupa?
Dikala seorang guru ugama menceritakan tentang itu.
Tanpa jemuh dan berkali-kali.

SAHABAT,
Tekadkan dirimu,
Betulkan niatmu,
Jalankan kerja dakwahmu.
Meskipun hanya menyebarkan kalimah syahadah.
Ataupun hanya menyebut Islam agamaku.

SAHABAT,
Pengorbananmu diperlukan,
Walaupun hanya dengan kata-kata,
Meskipun dirimu terlalu sibuk,
Jalankan dakwahmu,
Hanya dengan bertanya khabar sahabatmu,
Ataupun hanya mengukir senyuman apabila bertemu.