Bukan hendak menunjuk pandai tetapi ini adalah kenyataan.
Mungkin perkataan kroni hanya digembar-gembur untuk isu pplitik sahaja.
Bukan mahu menuduh orang lain tetapi diri sendiri pun terlibat sama.
Mahu mengelakkannya tetapi keadaan memaksa.
Kita fokuskan sistem kroni dalam isu sekitar kampus.
Bayangkan nilai seorang kepimpinan yang digelar kroni.
Mungkin kita terasa pelik mana datangnya isu kroni dalam kampus nie?
tak pernah pun dengar?
Itu akan mula timbul dalam fikiran setiap orang. Istilah kroni yang difahami adalah meletakkan kenalan.
Bagi sesetengah orang hal ini adalah perkara kecil. Kenapa hari ini pelajar tidak kreatif.
Sebab kroni dan pengaruh.
Kalu disekolah di kg, gelaran anak cikgu merupakan pengaruh yang kuat.
Lantas diberi keistimewaan, begitu juga dibandar anak-anak orang kenamaan pengaruhnya agak besar.
Menjadi sebutan mereka-mereka yang bersifat kroni.
Begitu di universiti, kelab dibuka jawatan diberikan kepada rakan sekolah.
Bayangkan, sesuatu program diadakan, mereka yang didahulukan adalah rakan sekolah.
Program di universiti memang banyak, tapi sikap orang kita masih tidak berubah walaupun ditegur.
Masih ada Sistem 'COP'. Perkara yang berlaku di hadapan mata, tetapi susah nak dielakkan.
Hanya nasihat dan teguran dapat diberikan. Tidak mahu ada salah faham.
Nampaknya hak-hak telah dicabuli, maka tunggulah pertanyaan Allah  s.w,t di muka keadilan.
Bukan Allah s.w.t telah bagi peringatan haram bagi kita ambil hak orang lain.
Dizaman belajar, sudah tahu mengunakkan kroni, masyaAllah.
Kita sepatutnya tahu akibatnya, bagaimana perasaan mereka yang layak untuk memegang jawatan tapi dinafikan hak mereka.
Memang menyenang kerja kalau meletakkan mereka yang sudah dikenali, tetapi kemampuan orang lain tidak boleh dikecualikan.
Kali ini hanya mahu menegur sedikit supaya sikap ini supaya tidak tersebar.
Bagi mereka yang bercadang mahu meletakkan rakan-rakan dari sekolah untuk dijadikan kroni.
Fikir-fikirlah, cari cara terbaik.
Tidak elok bagi kita walaupun masih memegang status seorang pelajar.
Perkara ini banyak merencatkan penjalanan kelab dan pertubuhan di universiti.
Maaf dipinta>>