Konsep dakwah yang merangkumi segala aspek kehidupan.
Hari ini, dakwah sudah mula berkembang, menjadikan kerisauan banyak pihak.
Yang sebelum ini kabur dan buta dalam menegakkan syiar islam di muka bumi Allah s.w.t.
Kalau banyak pihak menentang, Mari kita berfikir positif, maknanya disini semua pihak sudah sedar akan kegiatan dakwah. Secara tidak langsung, Ini menarik minat orang ramai. Mungkin boleh dihuraikan lagi, kalau kita lihat pada masa dahulu, dakwah itu tidak disebut-sebut, kerana ape? sebabnya tiada orang mengenali dakwah. Sekarang ini pula kecoh-kecoh pasal isu dakwah, gerakan, jemaah, maknanya disini syiar dakwah dah makin berkembang sebenarnya. positifnya perkara ini adalah menbuatkan orang ramai tertanya-tanya, itulah tugas kita menerangkannya. Perubahan dunia kini, kalau dahulunya sistem pengetahuan terima muat, tapi sekarang ini tidak lagi.. kehidupan sekarang mengajar manusia berfikir sebelum muat. Bezanya disini, relevan and irrelevan issues banyak dicernakan oleh masyarakat. Sekatan dakwah oleh golongan tertentu sebenarnya banyak menbantu orang ramai meminati kegiatan agama. Apa yang dirisaukan sekarang ini, golongan yang berilmu agama ini yang bersikap job oriented bukannya bersikap islam oriented. Kecelaruan akan berlaku kalau golongan berilmu tidak mahu bersama- sama menegakkan agama dengan semaksimum yang mungkin. Kita sebagai seorang muslim yang sentiasa bersangka baik mungkin bertolak ansur dalam hal ini, mungkin golongan ini mengikut arahan sahaja. Doa kita supaya mereka dibukakan pintu hati mereka untuk melebarkan sayap dakwah.