Dalam kesibukan mengejar masa, kadang-kadang kita terleka dimana letaknya iman kita.
Bayangkan berapa kali kita mengingati Allah s.w.t.
Ketika makan, dimana kita meletakkan kesyukuran
Rata-rata akan menyebut nasib baik Duit ada, bolehlah beli makanan..
Tapi berapa ramai orang menyebut Allah yang menberikan kita makanan.
Berapa jahil diri ini, dikala Allah s.w.t menberikan rezeki.. Diri ini berterima kasih kepada duit.
Kalau kalau kita fikir secara logiknya, senang sahaja mengamalkannya...
Tapi kebiasaan kita menyebut DUIT yang menberikan kita makan.
Ini yang menjadikan sejati dalam diri, yang mana kita menyebutnya secara spontan..
Majlis ilmu selepas isyak tadi di surau ada menyentuh pasal hal ini.
Tertarik dengan satu ayat yang mana iman itu yang menjadikan kita seorang yang kuat dan gagah.
Mungkin kita tidak percaya, bayangkan dikala waktu subuh berapa orang dapat bangun tepat pada waktunya dan apabila azan dilaungkan.
Larat mengangkat kepala dari tempat tidur kerana kuatnya iman.
Dari segi psikologinya, Boleh melawan kehendak hawa nafsu kerana kuatnya iman.
Boleh mendekati Allah s.w.t berkorban untuk tidur lebih lama kerana kuatnya iman.
Ada sahaja mereka yang bertubuh sasa tapi kerana lemahnya iman masih tidak dapat bangun untuk solat subuh. Yang dimana hendak mengangkat selimut kurang sekilo pun tidak larat. Sama kita menilai diman Iman kita, adakah Iman kita hari sudah mencukupi padahal sahabat Rasullah s.a.w sendiri yang solid imannya masih menbaiki keimanan mereka kepada lebih baik.

Mari kita renungkan adakah Iman kita semakin bertambah ataupun semakin berkurang setiap hari. Mari Kita sama renung dan lihat diri kita, ingatan bukan untuk orang lain sahaja tapi untuk diri sndiri yang setiasa diuji untuk tahap keimanan. Ujian Allah s.w.t adalah untuk menguji tahap Iman diri. Itu bergantung kepada kita bagaimana menghadapinya. Insyallah kita sama-sama lakukan....
Kerana islam itu addin, melengkapi semua jalan kehidupan