Sedih mengenangkan gerakan islam terkubur di institut pengajian islam.
Tidak tahu ana silapnya, usrah dan halaqah menjadi larangan bagi pelajar islam.
Tetapi tayangan piala dunia bola sepak menjadi semakin rancak.
Bayangkan bilangan TV ditambah bagi memudahkan pelajar menonton piala dunia.
Sekularkah pada waktu sekarang?
Sehingga penyebaran ilmu agama menjadi larangan.
Propaganda yahudi bola sepak dan hiburan dirancakkan.
Memang betul ia mengelakkan pengaruh pengganas di malaysia.
Tapi jangan menyekat ilmu Agama islam yang suci ini.
Kekuatan gerakan islam yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan disekat dan dilarang keras.
Usaha dakwah dihalang, usrah dipersoalkan. Padahal yang menentang itu adalah mereka yang fasih tentang agama.
Cara mereka menentang adalah tidak patut, kalau ingin keterangan tentang usrah apa yang diadakan minta diberi penerangan. Menyekat dan menentang usrah dan halaqah bukan cara terbaik. Sesama umat islam perbincangan adalah cara yang terbaik.