Dalam menempuhi kehidupan kadang-kadang kita leka dan tidak sedar akan kepentingan tawakal.
mengerak pertubuhan islam yang bukanlah begitu senang kadang kala dicaci dihina dipandang serong. tapi dengan niat yang betul segala prasangka itu dapat ditapis dengan senang. Sesungguhnya Allah s.w.t akan menbantu kita menegakkan perkara yang baik iaitu Dakwah. Kehidupan seorang pelajar kadang-kadang kesempitan wang untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Ditambah lagi dengan keperluan untuk menghabiskan pengajian. Disebabkan itu, kerja-kerja menuju jalan Allah s.w.t terbantut.
Justeru itu, mungkin boleh kita nilai tawakal kita mengerjakan dakwah dan belajar.. banyakkah tawakal kita???? bukanlah orang lain yang hendak dituduh.. tapi diri ini yang fakir ilmu begitu. bayangkan kesibukan menbuatkan kita putus asa dalam mengerjakn dakwah dan kebajikan.. mungkin di kalangan pelajar masalah kewangan tidaklah merunsingkin.. tapi masalah yang lagi besar bagi seorang pelajar adalah masa dan tenaga... mungkin ini ujian kita dalam menjalankan dakwah tp Allah s.w.t ada menyatakan tidak sempurna iman kamu sebelum kamu diuji. biasa kita dengarkan??
percayalah itu adalah ujian Allah s.w.t. yang maha suci dan maha mengetahui. Allah s.w.t akan menguji setiap hambanya bagi menguji iman dan takwa setiap insan...