Jujur perkara bukan main-main. Apa yang diperkatakan mesti kita ada tanggungjawab. Dalam kehidupan seharian kadang kala kita lupa akan kejujuran. Ada kala demi mencapai misi dan matlamat kita terlupakan akan kejujuran yang mesti faham dengan lebih mendalam. Konsep jujur ini bukan hanya dalam kita bercakap tetapi dalam melakukan sesuatu.  Maksudnya disini apabila kita ingin melakukan kebaikan dan perkara itu melibatkan orang perlulah kita jujur. Kalau kita perhatikan apa yang dikatakan oleh usahawan kaya raya luar negara. Resepi utama mereka adalah HONESTY. MUngkin kita tidak nampak pa sebenarnya hubungan perniagaan dengan kejujuran. Tapi secara logik akal kita dapat berfikir bahawa kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang mempercayainya. Dan salah satu cara bagi orang mempercayai seseorang adalah kejujuran.

Bukan sahaja kita jujur dengan orang lain tapi dengan diri sendiri juga perlu sebenarnya, bayangkan apa yang terjadi kita sendiri tidak jujur kepada diri sendiri. maksud jujur. Maksud jujur dengan diri sendiri adalah kita mesti faham apakah tanggungjawab kita terhadap diri kita. Masalah remaja yang terjerumus ke lembah gejala sosial adalah mereka tidak jujur dengan diri sendiri.  mereka tidak sedar meraka sebenar menjebakkan diri mereka demi mendapat perkara sementara kerana mereka tidak jujur dengan diri sendiri untuk mendapat perkara yang leh menolong mereka pada masa hadapan.

MAKA DI TEGASKAN DI SINI APA-APA YANG DILAKUKAN MESTILAH JUJUR WALAUPUN KEJUJURAN ITU PAHIT UNTUK DITELAN.