Kalau bercakap pasal perjuangan, sesiapa pun tak pernah kata tidak pernah berjuang. semua orang berjuang dalam hidup. tidak kisahlah dalam bentuk mana kita berjuang. ada yang berjuang dalam bidang politik, ada yang berjuang dalam bidang agama menyebarkan dakwah islamiah, ada yang berjuang dalam peniagaan untuk mengaut keuntungan. ada yang berjuang untuk menuntut ilmu terutamanya pelajar. perjuangan yang mermerdekakan bumi mereka sperti palestin. kalau kita perhatikan banyak sungguh perjuangan dalam hidup kita. pernah tak kita berfikir mengapa perlunya perjuangan dalam hidup? tahukah kita rasullah s.a.w juga berjuang dalam hidup. cuba kita bayangkan bagaimana rasullah s.a.w. semasa kanak-kanak yang hidup tanpa ibubapa membesar menjadi seorang yang berhati mulia dan selain disegani ramai. bukannya kerana dia seorang rasul tetapi kerana akhlak dan cara hidupnya. rasullah s.a.w sebagai rasul terakhir meninggalkan amanah yang besar menegakkan agama Allah s.w.t  iaitu islam di muka bumi. kalau kita seorang yang sibuk tidak kisahlah belajar, berkerja atau apa-apa pun. luangkankan masa kita untuk agama Allah iaitu islam ini.