Tertarik dengan satu artikel yang  dihantar oleh seorang kawan yang berada di uia.Harap arkitel ini boleh menyejukkan hati yang duka dan membuka minda seorang pelajar tentang islam dengan lebih mendalam.
" Ya Ilahi, wahai pemilik segala hati. Ku bersujud padaMu. Terimalah taubatku dengan dosa-dosaku ini. Daku berdosa dan derhaka padaMu. Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa di kala ini, hambaMu ini teruji dengan hati dan dunia. Wahai Yang Maha Penyayang, berdosakah daku jika perasaan itu hadir pada hambaMu yang bergelar makhlukMu. Ya Ilahi.. ampunilah dosa-dosaku atas airmata ini yang tidak dapat menahan perasaan cinta itu, sesungguhnya Engkau Maha Mengerti bahawa hati ini tidak bisa menolak fitrah yang Engkau ciptakan. Daku lemah Ya Ilahi, lemah dengan dugaan hati yang telah semampu kudrat ku tepis-tepis agar tidak mengganggu cintaku padaMu.. izinkanlah airmata ini mengalir kerana tangisan ini tak mampu ku bendung lagi.. "

" Wahai Ilahi, tuntunlah daku agar cinta ini suci dalam redhoMu. Janganlah Engkau biarkan daku sendirian. Daku tak berdaya. Sesungguhnya segala isi alam di tanganMu Wahai Yang Maha Tahu. Sesungguhnya, daku tak mahu kehilangan cintaMU..dan juga ku tak mampu memalingkan rasa cintaku padanya. Ya Ilahi, andai Engkau mengetahui dia terbaik dan tercipta untukku, bagi diriku dan agamaku, usahlah Engkau biarlah hatinya dan hatiku terbiar jauh dariMu, dekatkanlah hati kami pada cinta yg suci dengan ikatan yang Engkau redhoi. Satukan hati kami dalam redho dan rahmatMu. "

" Ya Ilahi, bimbinglah daku dan dirinya ke jalan yang lurus. Seandainya juga dia bukan terbaik untukku,bukan tercipta untukku. Jadikanlah hatiku ini redho dengan takdirMu. Hilangkanlah dia dari hatiku, mimpiku, dan hidupku saat ini dan selama-lamanya. Temukanlah dia dengan insan yang lebih baik, yang dapat memimpinnya kejalan cintaMu. Temukan daku dengan insan sebaik dirinya. Ampunilah daku Ya Ilahi, sesungguhnya daku lelaki lemah yang hanya punya airmata sebagai teman. Ampunilah daku Ya Allah, kerana airmataku ini menitis di hadapanMu kerana makhlukMu, kerana dosa-dosaku padaMu, kerana setitis cinta pada makhlukmu yang lahir tanpa ku pinta. "

" Ya Ilahi, ku ingin hidup dan matiku dalam redhoMu, ampunilah segala dosa-dosaku yang seluas air di lautan, setinggi gunung-gunung ciptaanMU. Ampunilah juga dosa-dosa insan lain. Terimalah taubat hambaMu yang hina ini dan andai takdir Mu telah tertulis di Luh Mahfuz, daku redho apapun yang Engkau takdirkan, walaupun andainya ku kehilangan dunia, dan insan yang kucintai demi meraih cintaMu. Semoga apabila saatku bertemu denganMu, taubatku bersatu dalam rahmatMu. Ku merayu penuh syahdu dengan titisan airmata ini, Engkaulah harapanku,hidupku dan matiku, janganlah hampakan perasaan hambaMu ini....amien.