Teringat kisah masa kanak-kanak yang sentiasa dibuli oleh orang yang lebih tua. walaupun masa itu, hanya mengerti hidup ini menyusahkan. kenapa timbul persoalan buli pada masa itu? penulis merasakan sendiri bagaimana rasa tidak puas hati kerana terasa tertindas. perasaan itu mungkin terasa berat nak diterima..
tetapi setelah difikir dari sudut positif. Dari perkara itu, penulis mendapat satu perkara yang baru. Penulis mendapati setiap orang yang suka buat perkara tidak baik tidak semestinya tidak ada perkara yang baik dibuatnya. Akan ada dalam setiap orang keinginan membuat baik. Tetapi perkara baik yang dibuat yang tidak dihargai dan perkara tidak baik menjadi hebohan..
Oleh itu, kita mestilah sedar akan hakikat ini supaya kita mudah mengajak orang lain membuat kebaikan. Gunakan kebaikan dalam setiap diri untuk kebaikan. Mungkin kebaikan yang satu dalam setiap diri itu dapat menimbulkan lain-lain kebaikan.