Palsu Mengejar Dunia

Kepalsuan apakah ini?

Diberi harta, tiada syukur.

Diberi pangkat, goyang berdiri.

Diberi nyawa, tetapi sesak bernafas.

Diberi kekuatan, kalah dengan diri sendiri.


Mulakan apa?

Mula fikir hujung dunia ingin dicapai padahal tanah ini belum mampu dipijak sempurna

Mula fikir Qarun yang mana hartanya ditelan bumi padahal diri mula mereput.

Mula fikir kekuatan alexander mampu tawan dunia padahal diri bertongkat.

Diam dan Keras

Bila diam bukan bererti takut.
Meskipun setiap masa dihambat cabaran.
Ketika diam bulatan keras semakin kuat.
Keras bukan ertinya kasar pada perlakuan.
Ianya hanya manifestasi menyatakan idea supaya lebih bernas.

Idea bukan semua patut diterima.
Ia patut dibincang dan dinilai mengikut lunasnya.
Bagi manusia yang menutup sistem idea.
Berdepanlah dengan kejatuhan.

Biar manusia muda gila beridea.
Kritik manusia muda agar mereka yakin.
Jangan bakar idea mereka seperti sampah.
Berishkan idea manusia muda agar lebih baik



Fakulti Prinsip
Universiti Kehidupan



Tulisan ataupun Luahan jiwa?

Penulis,
Perwatakan yang besar menpunyai pelbagai idea,
seorang penulis bagi aku bukan sekadar pencatat,
seorang penulis menpunyai pelbagai rahsia, ia tercatat didalam hati.
diungkil dengan bahasa agar manjadi tatapan dan pengajaran semua.

penulis,
watak bukan sahaja puitis dan pandai mengungkap kata-kata,
setiap kata bersimpul rasa dan luahan hati dengan luas penglihatan.
menbawa watak yang serupa dalam diri diketengahkan dalam tulisan.
meleburkan setiap idea dalam tulisan.

penulis,
inspirasi itu daripada ilham yang dianugerahkan.
bersimpul erat dengan ilmu tawakal dan tasawwuf,
meneroka setiap genap isi dunia diluahkan untuk menjadi tumpuan.
bukan popular tapi ia manbuat orang mengerti dan menpelajarinya.


Fakulti Prinsip
Universiti Kehidupan


Pembeli getah skrap

berkata yang baik-baik tentang diri orang lain
elakkan mencari keburukan orang lain walaupun sangat buruk

tatkala harga getah merudum dengan teruk
ku teringat satu masa apabila harga getah mencapai
tahap tertinggi,berbondol-bondol mereka yang mencari 
pendapatan tambahan menoreh,ada yang sempat
mengatakan lebih baik menoreh daripada berkerja makan gaji.
ia hanya cerita sementara, sekarang harga getah pada tahap
yang rendah dan makin rendah.

suasana sekitar ku mendidik aku untuk belajar
bukan sahaja didalam kelas malahan di luar bilik darjah.
tak lupa mencoret memori dijadikan contoh dalam hidupku

satu masa, bila aku duduk bersama abah.
normal bagi aku belajar sesuatu dari raut muka, kulit dan
urat orang yang sangat pengalaman bagi ku,abah. 
ku hanya orang muda baru mengenal sisi dunia.
ku mendengar penduduk kampungku menbezakan 
harga getah yang di jual kepada pembeli getah sekitar 
daerahku dan nilai berbeza-beza, biasanya perbezaan 
10 hingga 30 sen sekilo. ku tahu ayah selalu aku menjual getah 
skrap pada pembeli getah skrap yang sama setiap minggu.

orang kurang pengalaman  sepertiku, mesti
tertanya kenapa abah masih menjual getah kepada orang 
yang sama walaupun abah tahu abah akan rugi disebabkan 
pembeli itu menbeli dengan sedikit murah berbanding 
dengan pembeli yang lain. pembeli yang lain
 menawarkan harga yang tinggi.

jawapan yang ringkas oleh abahku disebabkan solat.
abahku menerangkan, abah percaya kepada orang 
yang solat. orang yang solat tidak menipu
orang yang solat juga tahu bahagian dalam agama. 
orang yang solat jujur berniaga. dikampungku
ada pembeli dari agama lain dan pembeli dari agama islam. 
tapi kerana kepercayaan abah kepada mereka yang solat. 

satu petang, ada orang menberi salam.
ku menjenguk keluar tingkap.
pembeli getah skrap datang untuk 
menyerahkan wang kepada ku.
dia berkata harga getah naik hari ini. 
dan dia ingin menyerahkan duit sepatutnya 
penoreh dapat untuk hasil mereka minggu ni.

check mate, ku mula faham tutur bicara  abahku.
inilah kejujuran yang dimaksudkan.
pembeli getah skrap ini jujur dan tidak akan 
mengambil hak orang lain padahal dia. 
boleh sahaja tidak menyerahkan lebihan itu kerana 
tidak ada seorang pun tahu dan kisah 
jika pembeli mengaut keuntungan berlimpat ganda. 
pembeli itu faham hak orang lain kerana agama.

Fakulti akhlak
Universiti Kehidupan





Usik Dunia

Masa terus berlalu, terlalu pantas mengikat saat minit dan jam

andai lupa mengingat masa berlalu andai lupa merancang ianya padah

luang masa menulisku amat terhad, mungkin masa tidak sesuai

ataupun ku kurang menceduk yang wajib aku pelajari

ku bukan penulis tegar, mengutarakan isu-isu dalm konteks seorang memahami

tapi masih memikirkan cuma tidak secergas di alam maya

pelbagai isu diutarakan oleh masyarakat dan tujuan tetap sama 

berkaitan dengan hak, 

Dunia mengusik dengan gurauan mimpi semalam yang menbuat tidur terganggu

yang pasti kun fa ya kun masih berdiri disitu, wajib dipercayai.

hari semalam kurang ilmu daripada hari ini, beza ilmu.

dunia masih mengusik tika masa ini, mengusik penghuninya diarah oleh tuannya

pasti yang mencemuh dan ada yang berbahagia. 


usik dunia diteka, diteka oleh penghuninya

dunia hanya hamba penciptanya

dunia tiada apa-apa kecuali dengan kuasa ciptaannya.

penghuninya menganggungkan dunia takut diusik dunia

padahal dunia hanya suruhan tuhannya sama seperti penghuni di dalam dunia

disuruh taat melakukannya seperti mana penghuninya diminta taat.





Fakulti penulisan
Universiti kehidupan

nilai tangan dihulur

setiap perancangan Allah yang menentukan.
penjalanan merentasi hutan belantara, bukit bukau.
menghitung segala yang ada pada diri.
mungkin ada sesuatu yang tidak dirancang. 
mungkin haku berkira dengan hidup.
entahlah masalah itu satu simulasi hidup.

setiap kali haku mencatit, mesti program, mungkin ia sudah bosan
hanya ini yang mampu haku kongsikan
menceritakan serba sedikit daripada apa yang haku dapat
mungkin orang lain dapat lebih daripada haku.
bersyukurlah...

secubit kisah di program Heart to Heart 2013
dalam bahasa melayunya ia Hati ke Hati
haku dapat rasakan bahasa ibunda lagi bermakna
masih ingat idea ini diberi oleh sarifah. terima kasih.


bersama rakan-rakan daripada perkim
sampai di kampung tanjung gahai di kawasan kuala lipis
mungkin ada yang mengenali mungkin ramai juga tidak mengetahui
perasaan teruja, mungkin sudah lama tidak melawat

kami disini bukan untuk mengajar malah melatih
tetapi belajar dan berkongsi dengan penduduk disana
mungkin sebelum ini penduduk di sana pernah menerima pelajar
seperti kami malah mungkin lebih baik


mungkin antara peserta belum pernah hidup di kampung
belum pernah merasai sejuk air sungai
menaiki bot, makan ikan sungai
ia sebuah pengalaman yang sangat menarik kerana jarang berpeluang
tiada pasar raya besar, ulam belakang rumah

satu perkara yang haku dapat tahu
semua orang ingin menghormati antara satu sama lain
mungkin ada yang segelintir tidak, tapi yang pasti
ramai yang ingin menghormati dan disayangi




berdepan dengan situasi yang mana nilai menghormati dan haram
berfikir sejenak, mungkin ada cara yang ingin lembut
agar tidak nampak kurang sopan, haram tetap haram
tapi ia bukan satu masalah untuk kita menghormati
menghargai kebaikan orang lain, yang pasti yang haram perlu ditolak

mengatur idea, diberi akar yang waras berfikir setakat ini
harapan moga selamanya
perlu menolak yang batil biar berhikmah
tidak menyakiti mana-mana pihak
mungkin ini pengalaman pertama bagi orang itu.


terima kasih kepada ayah tok pat peli
entah buat keberapa kali datang bertandang, saban tahun
tidak jemu melayan dari dulu hingga sekarang, mungkin sehingga hujung hayat
moga ukhwah selalu menjadi ikatan, banyak mengajar haku tentang pelbagai perkara


perjalanan kita masih jauh kawan-kawan
setiap pengalaman itu mutiara yang tiada nilai
jarang ketemu yang terbaik, mungkin ini mutiara terbaik
mencungkil kisah dan pengalaman mereka yang melaluinya
kita hanya bermimpikan khyalan, mimpi malam
tidak mereka, kerana mereka sudah terjaga melihat
mengikut masa yang semakin bertambah berdetik



fakulti mutiara hidup
universiti pengalaman